Monday, December 29, 2008

PANTUN MENGUSIK JIWA

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Teka-Teki Iman Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sunday, December 14, 2008

Bahaya Gula

Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!



Sedikit persoalan tentang gula.



Apakah sebenarnya gula?



Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!



Adakah badan kita perlukan gula?



Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.



Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?



1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17.. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18. 18, Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38.. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56.. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64.. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67.. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;



Glukosa

Fruktosa

Laktosa

Maltosa

Sukrosa

Sirap Glukosa

Sirap maple

Molases

Sirap hitam

Sirap kencana

Dektrosa

Sorbitol



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?



1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.



Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.



Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!





"Kita adalah apa yang kita makan".

Mandi songsang

salam,
saya amalkan mandi ni dah lamer, tapi tak tau ada kebaikan rupanya. saya mandi cam tu pon sebab takutkan air. sejuk....
cara mandi ini adalah cara mandi dalam islam. tapi sejak mandi camni dah jarang demam dan kurang stress.
Jom cuba…


> " Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan
> menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu
> mandi songsang?
>
>
> Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan
> air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan
> memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan
> kesan yang buruk pada kesihatan diri.
>
>
> Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut
> . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan
> menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem
> hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam
> kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang
> buruk kepada sistem pertahanan bandan
>
>
> Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan
> membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi
> bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi
> hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)
>
>
>
> KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
>
> Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
> Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian
> otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
> Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya
> seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap
> kesihatan yang maksimum.
> Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
> Melancarkan perjalanan darah.
> Menjadikan pengamal semakin pintar
> Meninggikan daya ingatan
> Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
> Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
> Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
> Memiliki daya ketahanan mental
> Menambahkan semangat berani
> Menguatkan gusi dan gigi
> Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan
>

Monday, December 8, 2008

Stop Drinking Anlene Milk Powder

Dear All,
Even though the Health Ministry of Malaysia announced that the Fonterra Brands are safe, and they are using New Zealand or Australia milk ingredient, but I really doubt it. The tainted milk powder scandal in China started with the Sanlu Company. Fonterra ( the New Zealand Company which owns Anlene brand ) holds 43% stock of Sanlu Company ! I suspect all the milk ingredient of Fonterra brands sold in China ( or perhaps in South East Asia ) actually come from China !
Fonterra, being a reputable New Zealand diary company should be blamed for the scandal ! If they are really a responsible company, then how come they only discovered this issue so late ! It is suspected Sanlu Company started adding Melamine ( the deadly chemical ) into the milk powder from 2005 !!! Fonterra has 3 top executives in the Board of Directors of Sanlu Company, they should have known the first-hand news much earlier, at least more than a year ago !!! How come they did not take stern and corrective action to stop this from happening. They just put 100% blame on the Chinese company.
In China , the Anlene milk container has label that reads " 100% milk powder imported from New Zealand ". In actual fact, they have been using the China local milk source. Fonterra has been charging expensive price to Chinese consumers and portray their company as a reputable foreign brand. After the tainted milk powder scandal in China , all the Anlene and other Fonterra brands have been recalled and taken off from supermarket shelves. I can't find any of them in any supermarkets and pharmacies that I used to buy this brand from.
Better think twice and be sure that the Anlene and Fernleaf brands sold in Malaysia are 100% safe !!!
Milk sold under Fonterra Brands

Anlene Gold Milk Powder
Anlene Regular milk powder (plain/chocolate)
Fernleaf Kuat milk powder
Fernleaf Instant milk powder
Anmum Materna milk powder
Anmum Lacta milk powder
Anlene Concentrate UHT
Anlene Yogurt
Fernleaf Calciyum yogurt
Fernleaf full cream milk powder
Fernleaf growing up milk powder 1+
Fernleaf growing up milk powder 3+
Anmum growing up milk powder 1+
Anmum growing up milk powder 3+
Anmum Infacare infant formula
Anmum Infacare follow on formula
Chesdale slice cheese
Anchor butter
Anchor cream cheese
Anchor mozzarella cheese
Anchor Colby Cheddar blend shred
Anchor processed cheddar cheese
Anchor whipping cream (UHT)
Anchor culinary cream (UHT)
Anchor full cream milk powder

Thursday, December 4, 2008

hadis mengenai sentuh anjing or babi

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh! kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah! .. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
assalamualaikum....

persoalan nya: ader tak sesiapa yang boleh beri hadis len yg berkaitan ngan menyentuh anjing atau babi kita perlu samak....

9 Mimpi Nabi Muhamad S.A.W

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"