Wednesday, October 14, 2009

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Sunday, October 11, 2009

Ubah kualiti hidup pesakit alzheimer

Alzheimer ialah salah satu bentuk penyakit nyanyuk (demensia) yang kerap dialami oleh mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas. Ia menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak yang penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak.

Setiap tahun, sebanyak 4.6 juta kes baru demensia dilaporkan di seluruh dunia iaitu satu kes baru muncul setiap tujuh saat.

Sementara itu, menjelang tahun 2050, dianggarkan terdapat 100 juta pesakit demensia di seluruh dunia.

Pada umumnya, pesakit alzheimer menghadapi gangguan kemahiran dan prestasi kerja akibat kehilangan daya ingatan jangka masa terdekat.

Selain itu, pesakit mungkin berdepan dengan kesukaran melaksanakan tugasan yang biasa dilakukannya.

Ketua Unit Geriatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lee Fatt Soon berkata, alzheimer kerap dihadapi oleh mereka yang telah berusia.

Dianggarkan sebanyak empat peratus warga emas yang berusia 75 tahun menghidap alzheimer, 85 tahun (16 peratus) dan 90 tahun (32 peratus).

Menurutnya, pada kebiasaan tanda pertama pesakit mula mengalami nyanyuk adalah ketidakupayaan untuk mengingati perkara yang baru berlaku dalam kehidupan hariannya seperti pergi melancong atau membeli belah.

''Seterusnya, mungkin timbul perubahan pada corak pertuturan atau percakapan. Misalnya, pesakit mempunyai masalah menggunakan perkataan yang betul, lebih cenderung mencari perkataan yang ringkas atau sememangnya menghadapi kesukaran memilih perkataan yang sesuai.

''Selain itu, pesakit alzheimer juga mengalami kesulitan atau kurang orientasi dalam mengecam masa dan tempat. Daya pertimbangan yang semakin merosot turut menyukarkan pesakit dalam membuat keputusan,'' katanya ketika menyampaikan ceramah awam yang dianjurkan oleh Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia dan Novartis Corporation (M) Sdn. Bhd. (Norvatis), baru-baru ini.

Menurut Fatt Soon, pesakit alzheimer juga tidak boleh menjaga diri seperti untuk ke bilik air, memberus gigi, memakai pakaian dan mandi serta berkecenderungan tersalah meletak barang.

Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui. Ini menyebabkan pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.

Bagaimanapun, masih terdapat kekurangan kesedaran dan pemahaman terhadap penyakit ini di kalangan masyarakat.

Kebanyakan pesakit yang menghidapi masalah ini menderita tanpa bantuan atau harapan.

Sepatutnya, fenomena ini harus diubah kerana kualiti hidup pesakit alzheimer boleh diubah.

Seringkali pesakit, keluarga dan penjaga mereka kurang mendapat sokongan yang diperlukan dan sepatutnya diterima.

Justeru itu, Yayasan Alzheimer Malaysia (ADFM) dengan kerjasama Norvatis Corporation Malaysia mengumumkan satu siri inisiatif sempena Hari Alzheimer Sedunia (WAD) 2009 termasuk Piagam Global Penyakit Alzheimer.

WAD yang diraikan pada 21 September lalu setiap tahun memberi tumpuan kepada meningkatkan tahap kesedaran penyakit alzheimer dan mengutarakan realiti hidup dengan penyakit otak yang bertambah susut.

Penaung ADFM, Puan Seri Wendy Ong berkata, kebanyakan rakyat Malaysia masih samar mengenai realiti penyakit alzheimer.

Kurang kesedaran dan kefahaman mengenainya mendorong kepada lebih banyak yang menderita kerana mereka sering ketinggalan dari mendapatkan bantuan penjagaan yang sewajarnya.

''Menyedari perlunya penyakit alzheimer diberikan lebih banyak pendedahan, satu kempen mengumpul tandatangan dilancarkan untuk mendapatkan sokongan bagi Piagam Global Penyakit Alzheimer yang disediakan oleh Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI).

''Piagam ini mendesak satu tindakan untuk mencari penyelesaian ke atas isu kesihatan umum yang semakin meningkat dan penjagaan kecemasan sosial yang disebabkan oleh penyakit alzheimer dan demensia yang lain,'' katanya.

Tambah Wendy, kemuncak perayaan WAD Malaysia diadakan pada 26 September lalu di Pusat Penjagaan Harian ADFM, Seksyen 11, Petaling Jaya, Selangor.

''Pelbagai acara yang memberi pendedahan lebih mendalam mengenai alzheimer diadakan khusus untuk pesakit, penjaga kesihatan dan keluarga serta orang ramai.

''Juga satu siri promosi melalui stesen-stesen radio mengenai fakta mengenai penyakit alzheimer dan membincangkan Piagam Global Penyakit Alzheimer serta kempen tandatangan turut diadakan,'' ujarnya.

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


Udara dan sumber air juga turut tercemar.