Thursday, December 31, 2009

Biodata Rasulullah SAW

Kita skrg lbh kenal artis drp rasulullah, lbh menyambut hari valentine drp
menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!





Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan


kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat
Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab


untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah
. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4.. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.


Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Mohon Sampaikan - KFC(from Mohd Sharifuddin Ahmad, Assoc. Prof. Dr.)

ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..
INI PERTAMA

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,


'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka'


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'

berhati-hati di pasir gudang ketika banjir

Salam, Berhati-hati dengan lopak air di lorong kanan highway Pasir Gudang, especially lepas hujan. Boleh menyebabkan kereta terbabas dan melanggar pokok macam the guy in the video. Accident on 2nd Nov 2009.

Monday, November 30, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berl ain an :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak.."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan
kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat b era ntai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Rahsia Taugeh

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.



Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,



JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Petua menghadapi diabetes

KEBANYAKAN mereka yang didiagnosis mengalami diabetes atau pra diabetes, sentiasa dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang akibat diabetes yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, buta, sakit buah pinggang dan pemotongan anggota badan.

Malangnya, hanya sebilangan sahaja yang diberitahu kesemua komplikasi tersebut umumnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang disyorkan seperti diet, makanan tambahan, kerap bersenam dan mengambil perhatian kepada ujian perubatan seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan penghidap diabetes boleh mencegah atau melambatkan kebangkitan komplikasi itu.

Menurut Laporan oleh USA Today keluaran April 2009, walaupun ujian HbA1c mudah diperolehi, terdapat kurang daripada 42 peratus penghidap diabetes telah melakukannya atau memahami makna kesimpulan yang dicapai.

Di bawah ini merupakan beberapa cara yang mudah namun penting untuk mencegah terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi:

Perubahan gaya hidup yang merangkumi:

1. Diet

Walaupun anda mengalami pra-diabetes atau diabetes, ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati pelbagai makanan. Matlamatnya ialah mempelajari pengambilan makanan seimbang dalam jumlah yang betul. Di sini terdapat beberapa petua mengenai pemilihan makanan berkhasiat bagi anda sekeluarga:

"Makan banyak sayuran dan buahan. Cuba pilih dari warna yang berlainan agar kepelbagaian dimaksimumkan.

"Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kekacang hijau.

"Pilih makanan bijirin penuh dan bukan makanan bijirin yang diproses. Makan nasi beras perang, bukan nasi putih serta pilih roti perang dan bukan roti putih.

"Keluarkan kulit daripada sebarang jenis daging seperti ayam, daging lembu dan sebagainya..

"Minum air dan minuman "diet" tanpa kalori dan bukan minuman soda biasa, teh yang manis dan lain-lain minuman yang dimaniskan dengan gula.

"Kurangkan makanan ringan berkalori tinggi dan pembasuh mulut seperti keropok, biskut, kek, dan ais krim lemak penuh.

2. Kerap bersenam

Senaman adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat bagi semua orang terutamanya penting bagi mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes. Tetapi, senaman bukan bermaksud berlari marathon atau menekan tubi 300 kali. Matlamatnya adalah untuk menjadi aktif dan kekal aktif dengan melakukan perkara yang anda gemari seperti berkebun atau bersiar-siar.

3. Pemeriksaan perubatan tetap terutamanya:

a) Ujian Darah HbA1c

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

b) Pemeriksaan mata

Jika anda menghidap diabetes, dapatkan pemeriksaan mata menyeluruh sekurang- kurangnya sekali setahun dan jika anda mempunyai diabetes retinopati, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Orang yang mempunyai retinopati proliferatif boleh mengurangkan risiko mereka menjadi buta sebanyak 95 peratus dengan mendapatkan rawatan tepat pada masa dan rawatan susulan yang betul.

4. Suplemen nutrien

Suplemen multivitamin dan mineral berpotensi tinggi dirumus untuk menyokong keperluan nutrien khas bagi golongan yang mempunyai paras gula darah yang tinggi, termasuk diabetes. Pembekalan nutrien utama tambahan kepada mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang lebih baik dan juga mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh khusus nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dalam jumlah yang lebih tinggi daripada kandungan dalam formula multivitamin dan mineral harian yang biasa adalah Asid Alfa Lipoik, Vanadium Sulfate dan Kromium. Pesakit diabetes memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan "sejagat" yang boleh berfungsi dalam sel berair dan berlemak.

Sekumpulan badan penyelidikan telah menemui sejenis vitamin B12 yang bersifat aktif secara neurologi dikenali sebagai mecobalamin (atau methylcobalamin) yang boleh membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak, iaitu komplikasi paling umum yang berkaitan dengan takat glukosa darah tinggi.

Mecobalamin

Saintis Jepun telah mengetahui bahawa Mecobalamin memberi perlindungan terhadap penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisma yang berbeza daripada terapi masa kini. Beberapa gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semulajadi ini termasuk neuropati periferal.

Perkataan neuropati berasal daripada dua bahagian: "neuro" merujuk kepada saraf dan "pati" menunjukkan penyakit. Nueropati periferal adalah sejenis keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat terutamanya pada lengan dan kaki.

Saraf merupakan laluan komunikasi badan. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian badan. Badan menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat tersebut ke otak melalui saraf.

Kebanyakan saraf periferal bertanggungjawab untuk keupayaan perasaan yang anda perolehi seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan penghujung saraf tersebut di jejari anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka untuk melindungi anda daripada bahaya dan menjauhi perkara-perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Gejala-gejala neuropati periferal mungkin merangkumi:

"Kekebasan atau tidak sensitif terhadap kesakitan atau suhu

"Rasa berdenyut-denyut, panas membahang atau rasa menyucuk

"Rasa sakit menusuk atau kekejangan

"Terlalu sensitif terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang lembut

"Hilang keseimbangan dan koordinasi

Membeli suplemen

Pesakit diabetes berada pada tahap risiko lebih tinggi terhadap jangkitan dan penyembuhan luka yang lambat. Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama setahun telah mengalami kadar jatuh sakit dan jangkitan yang berkurangan jika dibandingkan dengan subjek kajian yang mengambil plasebo.

Jika anda adalah seorang pesakit pra-diabetes atau diabetes, keperluan pemakanan anda adalah berbeza. Dengan itu, anda harus beringat untuk mendapatkan suplemen multivitamin dan mineral harian yang mengandungi kesemua bahan kandungan tersebut di atas yang didapati dalam potensi lebih tinggi. Ambillah jenis yang dirumus khas untuk pesakit diabetes dan pra diabetes untuk membantu dalam penjagaan optimum kesihatan dan mencegah penyakit.

Walaupun betapa pentingnya suplemen, multivitamin dan mineral harian yang baik perlu dipilih bagi mereka yang mengalami paras gula darah tinggi. Gabungan vitamin B12 dan mecobalamin yang aktif secara neurologi adalah disyorkan kerana keupayaannya untuk membantu dalam pencegahan dan penyembuhan kembali saraf yang rosak - sejenis komplikasi umum yang dialami oleh mereka yang mempunyai takat gula darah tinggi.

Windows 7 lebih mesra, responsif

SELEPAS sistem operasi PC Windows Vista, kini Microsoft melangkah jauh dengan melancarkan Windows 7 yang lebih mesra pengguna, canggih dan pantas. Ia dilancarkan di ibu negara baru-baru ini bersama-sama rakan niaga Intel, HP, Dell, Acer, DiGi, AMD, Asus dan Lenovo.

Sistem operasi baru ini menawarkan antara muka pengguna yang menjadikan tugas seharian lebih mudah.

Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing.

Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, Microsoft Malaysia amat teruja dengan Windows 7 di negara ini dan merupakan hari yang amat bermakna bagi industri teknologi maklumat (IT).

"Windows 7 telah berada di seluruh negara dan pengalaman di PC semakin bermakna bagi pengguna seperti diimpikan ringkas, pantas, lebih responsif.

"Kami berharap pengguna di negara ini yang menggunakan Windows dan menaiktaraf PC dalam masa 12 bulan ini akan menikmati apa yang dialami oleh lapan juta penguji beta," katanya semasa majlis pelancaran rasmi Windows 7 bagi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yasmin berkata, tiga idea besar memainkan peranan dalam pembangunan Windows 7 iaitu

lBekerja seperti mana yang dikehendaki pengguna.

lPengguna mahukan komputer boot up lebih cepat dan Windows 7 mengambil masa hanya 15 saat.

lSistem operasi juga lebih responsif dan menawarkan hayat bateri lebih lama.

lDengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.

lMeringkaskan tugasan seharian.

lPeningkatan telah dilakukan kepada pemprosesan tetapi menjadikan pengkomputeran lebih mudah.

lDari Taskbar kepada ciri Snap and Shake, Windows 7 membantu pengguna melakukan apa saja dengan cara yang mudah dan pantas.

lMenjadikan perkara baru kenyataan

lciri baru seperti fungsi much-touted multitouch, PlayTo, location-aware printing dan beberapa peningkatan yang membolehkan perkara baru dilakukan.

Yasmin mengucapkan terimakasih kepada semua penguji di negara ini yang mengambil bahagian serta rakan kongsi yang menyumbangkan masa serta memberikan maklum balas sehingga menjadikan Windows 7 sistem operasi terbaik dari Microsoft.

Dalam menjadikan matlamat Windows 7 menjadikan impian sebagai kenyataan Penolong Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), Moses Choo telah melakukan demo bagaimana sistem operasi terkini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pada masa yang sama, Microsoft Malaysia, Acer dan Asus mendermakan perisian dan perkakasan komputer kepada NCBM bagi membantu usaha merapatkan ruang digital di antara mereka.

Berbaloi dengan ciri yang diberikan, harga runcit Windows 7 dengan versi penuh bermula dengan RM525 bagi Home Premium, bagi Professional adalah RM855 manakala RM903 bagi Ultimate.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Windows 7 boleh layari laman sesawang www.win7.com.my/