Monday, July 6, 2009

Amaran daripada Firma Keselamatan Komputer, SOPHOS mengenai 'Virus Michael Jackson'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Y.Bhg Tan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

Berikut adalah keratan akhbar mengenai virus yang disebarkan melalui e-mel bertajuk 'Remembering Michael Jackson' daripada 'sarah@michaeljackson.com' untuk perhatian semua.

SINGAPURA 2 Julai – Firma keselamatan komputer, Sophos hari ini mengeluarkan amaran mengenai sejenis virus Internet yang disebarkan menerusi satu e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson.
E-mel itu bertajuk ‘Remembering Michael Jackson’ (Memperingati Michael Jackson) dan dikirim daripada alamat ‘sarah@michaeljackson.com ’, menurut Sophos dalam satu kenyataan dari pejabatnya di Singapura.
Ia memaklumkan penerima bahawa satu fail yang dilampirkan berjudul ‘Michael songs and pictures.zip’ mengandungi lagu-lagu dan gambar-gambar ikon muzik pop tersebut, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu.
Sophos memberi amaran kepada pengguna komputer supaya jangan membuka fail lampiran itu.
“Dengan membuka lampiran itu, pengguna komputer terdedah kepada jangkitan. Sebaik sahaja dijangkiti, sesebuah komputer secara automatik akan mula menyebarkan virus kepada pengguna Internet yang lain,” menurut Sophos.
Selain tersebar menerusi e-mel, virus itu juga boleh merebak sebagai komponen Autorun pada ‘thumb drive’ USB.
Konsultan teknologi kanan Sophos, Graham Cluley berkata, ramai pengguna komputer dijangka terdorong untuk membuka fail lampiran tersebut disebabkan minat mendalam terhadap kematian mengejut Raja Pop itu.
“Bagaimanapun pengguna komputer yang bijak seharusnya menyedari penjenayah siber selalunya cepat bertindak untuk mengeksploitasi laporan berita bagi menyebarkan perisian perosak dan spam,” kata Cluley. – AFP


Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Sophos seperti berikut:
http://www.sophos.com/pressoffice/news/articles/2009/07/michael-jackson-worm.html

No comments: