Sunday, May 25, 2008

Pesanan dari pekerja petronas..hihii kalo xnak cayerr terpulang..

kalau betul.....why not try?.....Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renungdan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price controlIdea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?> Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol> akan menghampiri RM 2.00. Mahu> supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu> tindakan bijak dan bersepadu.> Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini.> Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen> "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang> dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat> minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka> tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan> menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan> pengguna sendiri> berbanding penjual.> Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang> mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.> Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian> dalam rancangan ini.> Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar> minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah> semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat> syarikat pembekal minyaklah yang mengaut> keuntungan besar dari situasi sekarang ini.> Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif> untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga> ada kuasa untuk mengawal harga, bukan> penjual sahaja.> Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi> sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak> segera. Satu cara yang disarankan untuk> menurunkan harga petrol ialah dengan> memberikan tamparan 'market leader' industri> berkenaan, iaitu dengan tidak> membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita> lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.Ideanya begini :-Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKATMINYAKTERBESAR DIDUNIA iaitu1) ESSO/MOBIL2) SHELL3) PROJETTiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya> mengawal harga runcit petrol dan mengaut> keuntungan untuk diri mereka sendiri. > Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka> menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing> mereka akan terus maju, mereka akan mula> menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat> demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk> kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu> berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan> PROJET.> Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan> disini caranya:-> Saya menghantar mesej ini kepada ramai> orang.Jika setiap kita menghantar kepada> sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?> Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10> orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan> seterusnya.> Sebaik mesej ini sampai kepada generasi> penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah> disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna> petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan> ialah :1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL danPROJET.Itu sahaja.....Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita> menghantar email kepada 10 orang dalam satu> hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi> dalam masa 8 hari sahaja.> Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada> kuasa, bertindak secara bersama.> Ia pasti akan membuahkan hasil.Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDASEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGADALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.Mudah saja, anda cuma perlu....... ......1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri andadari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET

Isu wakil BN boros ke balai polis

Isu wakil-wakil rakyat BN Selangor berbelanja boros peruntukan mereka awal tahun ini diadukan kepada polis kerana disyaki terdapat unsur-unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN itu didakwa membelanjakan lebih 90 peratus daripada peruntukan RM29.5 juta antara Januari hingga Februari sehingga ditegur oleh Sultan Selangor pada Rabu lepas."Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor."Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber."Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos," titah baginda lagi.Menurut Bernama, naib ketua Angkata Muda PKR (AMK) negeri Hamsah Djabir membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam hari ini.Sementara bendahari AMK negeri Mohd Ali Hanapiah Ali Murtada pula membuat laporan polis terhadap kepimpinan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) kerana disyaki terdapat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan aktiviti berunsur rasuah di dalam proses perbelanjaan dan pengurusan dananya.Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang DUN Jumaat lepas berkata Balkis membelanjakan RM158,000 untuk menyediakan pakaian sukan bagi anggotanya dan RM121,000 untuk pakaian batik anggota dan suami masing-masing.Sebelum ini Balkis dilanda kontroversi apabila didakwa memindahkan wang RM9.9 juta kepada sebuah badan amal lain selepas ia dibubarkan tidak lama selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Info tentang mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki..Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.Mengeluarkan racun:Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Macam SPA.Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapatmenyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkanialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.Jangkitan kulit:Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkanpergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit

Thursday, May 22, 2008

DEngarlah sebuah ceriter...

dengarlah kisah ini buat sekian kali........pasti ada air jernih mengalir di pipi mu....~Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahunlebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai saputanganyang menjadikeperluan anak gadis ketika itu. Aku ambil 50 sendari poket seluarayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayahmemanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.Aku menggeletarmelihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singalapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungantajam mata ayah.Kedua-dua kami membisu, cuma tundukmemandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!"sambung ayah sambil mengangkat tangan untukmelepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengankedua-dua belahtangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepasmengungkapkan kata-kata itu, hayunan danbalunansilih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau peritmenahan sakit, setitis pun air mata adik taktumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai,ayah merungut: "Kamu sudah mula belajarmencuri dirumah sendiri.Apakah lagi perbuatan kamu yang akanmemalukanayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepasmendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balarcuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitanyang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu. Aku meraung sekuat hati,kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-duabelahtangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampumembela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasahkerana mempertahankan aku bagaikan barusemalamberlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolahberasramapenuh dan aku pula ditawarkan menyambungpelajaranke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampuminyaktanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengarayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlangdalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibuteresak-esak."Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya.Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatankain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudianwajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialahmenutupmuka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah.Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganyakeluar daripada kemiskinan," aku memujuk adiktatkala menyapu minyak pada pipinya yangbengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adiktiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai bajulusuhyang dia ada.Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapatsehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannyamudah.Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung.Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.Begitu juga emak yang menggunakan air matanyamemujukayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, temansebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggukaukat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik.Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaiancomotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yangdatang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlahpakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalaumerekatahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyutmendengarkanjawapannya.Aku cukup tersentuh.Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simenpada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak.Aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lainkata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambutberbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambilberkata, "Kak,saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni,sayabeli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Akurangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yangtak dapat ditahan-tahan.Tamat semester.Aku pulang ke kampung sementara menunggukonvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, takseperti selalu."Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkanrumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin.Habis tangannyaluka-luka."Aku menerpa ke biliknya.Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa lukapada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruhkontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh sepertihujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikanusaha saya untukbekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatanpengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata oranglain?" kata adik."Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerjadengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata kumemujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas,cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagaipetani setelahayah tiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadissekampung,juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yangpaling andasayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakaksaya...."katanya lantas menceritakan suatu kisahyang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiapharikami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihatsaya hanya memakai kasut sebelah, kakakmembukakasutnya dan memberikannya pada saya. Diaberjalandengan sebelah kasut.Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarahsebabtertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaankakaksaya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampaibila-bila."Sebaik adik tamat bercerita.Aku meluru ke pelamin, mendakap adiksungguh-sungguh sambil meraung bagaikandiseranghisteria.

Bush mohon maaf insiden Al-Quran dijadikan sasaran menembak

BAGHDAD 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush memohon maaf kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki atas tindakan seorang askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.Menurut laporan itu, Nuri telah memaklumkan kepada Bush tentang kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit.“Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.Kabinet Iraq yang bermesyuarat hari ini menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran “tindakan keras” akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.Semalam, komander tertinggi tentera AS, Mejar Jeneral Jeffrey Hammond telah bertemu pemimpin masyarakat dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai insiden yang berlaku pada 11 Mei itu, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas askar berkenaan.

Kenapa perlu cium anak?

Kenapa perlu cium anak?Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents. Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahualam bissawab

Thursday, May 15, 2008

Dibelasah pelanggan - Didakwa jual nasi, lauk mahal

TAIPING - "Sudahlah terhimpit dek harga barangan terutama beras yang semakin melambung harga kebelakangan ini, saya pula dibelasah pelanggan kononnya tidak berpuas hati dengan harga nasi bungkus yang dijual."Demikian cerita peniaga nasi campur, Abu Bakar Jaafar, 58, berhubung tindakan ganas seorang juruteknik yang membelasah dan memalukannya di depan khalayak di Pasar Malam Simpang di sini petang kelmarin.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu, isteri juruteknik terbabit dikatakan telah menengking sekuat hati kepada isterinya, Hamidah Omar selepas dua bungkus nasi campur yang dibeli wanita itu dimaklumkan harganya."Wanita berkenaan bertanyakan berapakah harga nasi bungkus pertama yang mengandungi empat cedok sambal tumis petai dan seketul ikan masak kari.Pada masa sama, wanita itu mula mengisi nasi dalam pek kedua dan mencedok sambal kerang yang bukan sedikit kuantitinya."Isteri saya kemudiannya memaklumkan harga bagi dua bungkus nasi berserta lauk-pauk yang dibungkus itu adalah RM7 namun apa yang mengejutkan, wanita terbabit serta-merta menengking ke arah saya dan isteri," dakwanya ketika ditemui di wad Hospital Taiping semalam.Beliau memberitahu, wanita terbabit terus beredar ke keretanya dengan meninggalkan nasi yang sudah bercampur lauk di gerainya."Terkilan dengan tindakan kurang sopan dan memalukan dek kata-kata kesat isteri juruteknik itu, saya terus berjumpa dengan suaminya kebetulan berada di gerai menjual buah berdekatan untuk menerangkan keadaan sebenar."Saya cuma maklumkan bahawa isterinya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian apatah lagi di depan orang ramai namun tiba-tiba juruteknik berkenaan mencekak kolar baju saya.Dia terus membelasah dan menolak saya menyebabkan jari kelingking saya patah selain kecederaan lain di tangan," katanya.

Restoran Mamak Yang Hilang Kemamakannya.

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang .Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-Frank : "Ini kedai halal ka?"Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)F : "Awak muslim ke?"R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)F : "Mengucap tengok!"R.A : "Ahh?"F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"R.A : "Apa itu?"F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"R.A : (Start panicking... )F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"R.A : (truly panic, looked scared also)F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."Pendekkan insiden perbualan sampai sini...Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah...Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal.Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke.Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu.Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian..Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suroh dia mengucap tengok!

Panggilan santau karut

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.
Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.
Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

teka-teki yg harus dIberi penampar.

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tidobalik.
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki? Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt diaade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolongpulangkan kepada saye.
6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak lehnak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK
'7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakahsaya? Answer: Pembohong...
8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?Answer: Usus
9) binatang tubuhnya kat kepala?Answer: Kutu
10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?Answer: Neneknye si katak
11) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurangbaik?Answer: - Sekretari baik..................'Selamatpagi tuan'- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
13 ) Ape persamaan Michael Jordan ngan MichaelJackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe
14) Sape yang kalau dipanggil, diemenjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur
15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapatbuang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung dan Tahi telinga
16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?Answer: Mestilah kene tebang, sapen nak cabut pokokkelapa gile ape...
18) Gajah terbang dengan ape?Answer: Dengan susah payah......

Anak jin......kat UKM bangi.....




10 Amalan terbalik.. Betulkan segera!

10 Amalan terbalik.. Betulkan segera!
"10 AMALAN YANG TERBALIK" Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik ataubertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hiduporang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untukmeringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atauharta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepitdalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahkeluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untukia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebihkurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkanyang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah sepertiyang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiaprumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yangterendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuranberkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anaktak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggupdibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturankerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah dimintatapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benardan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurutlandasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidupkita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

wajah & hati yg cantik & Rahsia 13

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb......... ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wednesday, May 14, 2008

PESANAN DARI CELCOM

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan no.telp yang tidak dikenal atau terdaftar di Tel. Anda, berkata bahwa dia (lelaki/wanita) memanggil dari division engineering/teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun, dan selanjutnya dia berkata bahawa kita harus menekan key ... 90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf). cepat-cepat matikan/putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan key yang mereka minta. kerana ketika ini ada penipu! -penipu yang menggunakan peralatan canggih dimana jika anda menekan key ..90 atau ..09 maka penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card telepon kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan. sila forwardkan kisah ini kepada semua sahabat/teman anda untuk mencegah tindakan kriminal ini. dan juga ada beberapa issue lainnya. jika anda menerima panggilan di telepon bimbit/cellphone dan layar cellphone menunjukkan/display seperti ini : (XALAN). JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN TELEFON ANDA DENGAN MENEKAN KEY POWER(ON/OFF) CELLPHONE ANDA. Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka cellphone anda akan terkena virus. virus ini akan menghapus seluruh IMEI dan informasi IMSI dari cellphone dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari vendor/operator anda. (dimana anda harus mengganti cellphone dan SIM card anda dengan yang baru). Informasi ini telah disah dengan Motorola and Nokia. ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telepon bimbit/cellphone yang terkena virus ini. anda juga dapat membaca berita ataupun informasi mengenai hal ini di laman web CNN. SILA SAMPAIKAN PESAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN WARGA SEKALIAN.. Regards, Yaruddin Abu Bakar CME Northern Region Celcom (M) Berhad

hiv






















60 tahun pembantaian di Deir Yasin,Palestin.

Pembantaian yang paling masyhur dan pertama kali dikenal media dan intelektual Arab adalah pembantaian Deir Yasin yang terjadi pada April 1948, yang melibatkan jemaah pengganas zionis “Hagana”, “Irgun” dan "Stern" dalam penyerbuan desa al-Musalamah dengan melakukan pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak, yang dilakukan dari jarak dekat.Meskipun kajian sumber-sumber sejarah menunjukkan pembantaian yang paling awal dan yang pertama dilakukan Zionis Israel terhadap orang awam Palestin telah berlaku pada tahun 1919 bertepatan pada perayaan hari raya Nabi Musa.Pada malam 9 April, 1948, 60 tahun yang lalu, penduduk Deir Yassin terbangun kerana perintah “mengosongkan desa” yang disuarakan oleh pembesar suara. Sebelum mereka mengerti apa yang sedang terjadi, mereka telah dibunuh.Penyelidikan Palang Merah dan PBB yang dilakukan berturut-turut di tempat kejadian menunjukkan rumah-rumah dibakar terlebih dahulu lalu sesiapa yang cuba menyelamatkan ditembak mati. Dalam serangan ini, wanita-wanita hamil dirobek perutnya mereka dengan benet, hidup-hidup. Anggota tubuh korban dipotong-potong, anak-anak dipukul dan diperkosa. Dalam pembantaian Deir Yassin, 52 orang kanak-kanak disayat-sayat tubuhnya di depan mata ibu mereka, lalu mereka dibunuh dengan cara kepalanya dipenggal.Lebih daripada 60 orang wanita terbunuh dan tubuh mereka dipotong-potong.Jumlah korban pembantaian Deir Yasin sebanyak 254 orang. Tidak puas hanya dengan pembantaian, para pengganas mengumpulkan kaum wanita dewasa dan remaja yang masih hidup, menanggalkan seluruh pakaian mereka, membaringkan mereka di atas kereta tidak berbumbung, membawa mereka sepanjang jalan daerah Yahudi di Jerusalem dalam keadaan telanjang.Jacques Reynier, perwakilan Palang Merah Palestin pada saat itu, yang melihat potongan-potongan mayat selama kunjungannya ke Deir Yassin pada hari serangan itu hanya mampu berkata, “Keadaannya sungguh mengerikan."Selama serangan, 280 orang Islam, di antara mereka wanita dan anak-anak, mula-mula diarak di sepanjang jalan lalu ditembak seperti menjalani hukuman mati.Sebahagian besar wanita yang masih remaja diperkosa sebelum ditembak mati, sedangkan remaja lelaki ada yang dikebiri kemaluannya.Pembantaian ini adalah sebahagian daripada rancangan pembantaian yang diatur terhadap rakyat Palestin oleh para pengganas Zionis yang bertujuan hendak mengubah Palestin menjadi sebuah negara Yahudi.Aksi-aksi ganas Zionis seperti di Deir Yassin telah menghasilkan pengusiran besar-besaran orang Palestin.Para milisi Zionis, dan kemudiannya tentera Israel mengusir mereka ke luar dari tanah bersejarah yang telah mereka huni berabad-abad lamanya. Dengan pantas pula Israel melakukan pemindahan Yahudi dari seantero dunia ke rumah-rumah dan tanah-tanah rakyat Palestin yang ditinggalkan.Bagi bangsa Palestin, Deir Yassin adalah simbol hilangnya tanah tumpah darah mereka dan kehancuran masyarakat mereka, sebuah situasi yang terus berlangsung hingga hari ini. Ketika Israel mendeklarasikan diri pada Mei 60 tahun lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin diusir sementara 78 peratus tanah pusaka Palestin lenyap dan berubah nama menjadi “Israel”.Dewasa ini, pelarian Palestin hampir berjumlah 4 juta orang, di luar populasi keseluruhan bangsa Palestin yang mendekati angka 10 juta. Sementara pelarian lain dari berbagai belahan dunia dapat kembali ke tanah air mereka, hak pulang pelarian Palestina hingga saat ini masih dirampas secara internasional. (seto)