Monday, June 30, 2008

Kenali Budak Yang Membuat Lapuran Liwat (Anwar Ibrahim)

Maaf sedikit cerita yang terlarang…
1. Seorang datuk berusia 60 tahun mempunyai kekuatan untuk meliwat dan mengalahkan mangsanya yang berusia 23 tahun yang juga mempunyai kekuatan 2-3 kali ganda daripadanya.
2. Sekiranya peliwat itu benar seorang peliwat, bagaimanakah beliau berjaya mengalahkan seorang pemuda yang berusia begitu muda yang penuh dengan kekuatan?
3. Sekiranya peliwat memujuk untuk meliwat si mangsa, adakah mangsa dengan rela hati akan mengizinkan dirinya dikerjakan oleh peliwat tersebut?
4. Sekiranya peliwat itu memaksa mangsa dan menyerang mangsa semasa meliwat mangsa, sudah tentu ada tanda-tanda pergelutan dan kecederaan diantara mereka dan pasti akan membuat laporan kejadian tersebut dengan segera.
5. Sekiranya perkara ini berlaku dengan kerelaan kedua-dua pasangan (peliwat dan mangsa), mengapa perkara ini tidak pernah berlaku kepada teman rapat pemangsa tersebut yang lebih lama berdamping dengannya? Mengapa budak Saiful yang hanya berkenalan tak sampai setahun dengan pemangsanya dengan rela hati menyerahkan duburnya kepada pemangsa, kecuali ia merayu untuk diliwat dan itupun sekiranya pemangsa berselera untuk meliwatnya.
6. Pemangsa juga tidak pernah disabitkan kesalahan sebagai seorang peliwat.
7. Sekiranya pemangsa benar seorang peliwat, maka sudah lama teman rapatnya yang sama-sama berjuang dengannya sudah lama memutuskan kesetiaan kepadanya.
Kesimpulan:
Dakwaan ini adalah satu dakwaan yang jelas palsu. Seseorang yang waras tidak akan menghebahkan yang dirinya telah diliwat. Sama seperti mangsa rogol, ia tidak akan menghebahkan kepada umum bahawa dirinya telah dirogol. Perkara itu akan menjatuhkan maruah dirinya sendiri. Jelas tuduhan terhadap DSAI ini adalah berniat jahat.
Sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga mereka yang membuat fitnah itu diberikan balasan yang setimpal dengan segera. Aminnn.
Jambol Seven
01.07.2008
Laman M@RHAEN


From: Mohd. Sahlan Haji Ahmad Sent: Monday, June 30, 2008 8:40 AMCc: Jamilah Zakariah; Nassahrudin Bin Noor; Shafiee Bin Hj Mohamad Hanis; Nor Elina Bte. Nor Azmi; Ahmad Amirul Bin Ahmad Azmi; Mohd. Hairos Soleh Bin AlimiSubject: Kenali Budak Yang Membuat Lapuran Liwat (Anwar Ibrahim)

Saiful Bukhari Azlan
(Bagaimana perasaan ibu,bapa, abang,kakak dan adik-adik beliau dan bagaimana pula perasaan saudaramara beliau!!!!)

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
Laman Asal : http://ainisazreen.wordpress.com/

Asal kejadian NERAKA

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah.... Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!!!YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.' Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim Ulama4. Para Syuhada5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA IKAN NUN============ 'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'SEBARKAN KEPADA 10 ORANG KAWAN, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU, INSYA ALLAH...WASSALAM!!!

Sunday, June 29, 2008

Santapan Rohani Isnin (26 Jamadilakhir 1429H/30 Jun 2008)

Muslimin muslimat rahimakumulLah.

“Kenangkanlah daku dalam doamu”- Rayuan ini bukan sahaja terpancar dari hati orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan juga oleh orang yang telah mati.

Ini diterangkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Dailami ra dalam kitab I’anatut Talibin dan Tanwirul Qulub:
“ORANG YANG MATI DALAM QUBURNYA ADALAH SEPERTI ORANG YANG SEDANG TENGGELAM YANG MEMINTA PERTOLONGAN. IA MENUNGGU SAMPAI KEPADANYA (RAHMAT) SESUATU DOA DARI ANAKNYA, AYAU SAUDARANYA, ATAUPUN SAHABAT HANDAINYA. APABILA (RAHMAT) DOA ITU SAMPAI KEPADANYA MAKA TIDAKLAH TERKIRA SUKACITANYA DAN DIRASAINYA (RAHMAT DOA ITU) LEBIH BERHARGA DARIPADA DUNIA DAN SEGALA ISINYA, SEBENARNYA HADIAH ORANG-ORANG YANG HIDUP KEPADA ORANG-ORANG YANG MATI IALAH DOA DAN ISTIGHFAR”.
Dipetik dari Kitab Mastika hadis.

Wednesday, June 25, 2008

TUNTUTAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT



Hi everyone,

FYI

Yesterday i pg breifing kat perkeso, salah satu benefit PENCARUM yg mungkinada antara kita yang tak tau, atau x perasan atau x diberitahu ialahtentang FAEDAH PENGURUSAN MAYAT. Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dariperkeso sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab.Pembayaranfaedah akan dibayar kepada waris atau pihak yg menanggung perbelanjaanpengkebumian. Amaun yang diberi adalah RM 1500 atau kos sebenarpengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.JIKA ADA SEDARAMARA, JIRAN ATAU KENGKAWAN YANG MENINGGAL TOLONG LE SELIDIK/ INFORM KAT KELUARGA SIMATI TTG PERKARA NI DAN WAWARKAN/SAMPAIKAN MESEJNE KPD ORG DISEKELILING KITA.SEMOGA DGN INI KITA SEMUA MENDAPATKEBERKATANNYA....INSYALLAH.

Thanks n rgds.Shikin.

Tuesday, June 24, 2008

Atlet negara menang emas Olimpik dapat RM1 juta

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar.Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.“Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini.Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas di temasya Olimpik. – Bernama

Kedah berkeras mau tebang balak kawasan tadahan hujan

ALOR STAR 22 Jun – Kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri ini meskipun pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang meminta cadangan itu dikaji semula.Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak bagaimanapun memberi jaminan pembalakan di kawasan tersebut tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.Katanya, penuaian balak akan dijalankan secara teratur dan sistematik seperti 'mencabut uban di celah-celah rambut' iaitu hanya pokok tua yang akan ditebang, melibatkan tiga hingga empat batang bagi setiap hektar.''Mungkin sesetengah orang akan menganggap kita mahu menggondol hutan tetapi kita tidak akan buat macam itu. Kalau kita tebang, kita akan pastikan bahawa alam sekitar tidak terjejas,'' katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ceramah Perdana Sempena Enam Tahun Pemergian Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Aman, Batu 14, Pokok Sena dekat sini malam tadi. Turut memberi ceramah ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Eric Chia meninggal dunia

SUNGAI PETANI 24 Jun – Ahli perniagaan yang pernah menggemparkan negara berhubung kes penyelewengan Perwaja Steel, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, meninggal dunia di hotel miliknya di sini pagi ini.Eric, 74, yang merupakan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., meninggal dunia akibat sesak nafas di bilik penginapannya di Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah, di sini antara pukul 9 hingga 11 pagi.Polis telah dimaklumkan mengenai kematian ahli perniagaan itu kira-kira pukul 3 petang ini.Bagaimanapun, sehingga kini, ahli keluarga mendiang belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. – Utusan

Monday, June 23, 2008

'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh

IPOH 23 Jun - Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Salah guna kereta kerajaan

SEREMBAN – Ada kakitangan awam di seluruh negara dipercayai cuba menyeleweng apabila didakwa menyalahgunakan kenderaan milik jabatan untuk kegunaan peribadi kerana mahu mengelak membayar kos petrol dan diesel yang mengalami kenaikan harga baru-baru ini.Mereka termasuk yang berjawatan pegawai kanan dilaporkan mengguna kenderaan milik jabatan atas tujuan peribadi seperti untuk bercuti atau balik kampung.Senario itu jelas ketara selepas kerajaan mengumumkan harga bahan api kenderaan 5 Jun lalu.Ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Dr. Chua Hong Teck yang serentak itu meminta orang ramai atau kakitangan yang mempunyai bukti mengenai kes itu tampil membuat aduan.“Orang awam yang ada bukti sila tampil buat aduan dengan bukti-bukti yang lengkap.“Ketua-ketua jabatan yang dipertanggungjawab seharusnya memantau rekod aktiviti kenderaan di bawah jabatan masing-masing,” ujarnya.Sementara itu, satu sumber yang enggan namanya disiarkan memberitahu, masalah tersebut telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.Bagaimanapun dakwanya, oleh kerana terlalu banyak kekangan birokrasi telah menyebabkan mereka yang bertanggung jawab terlepas begitu sahaja.“Ada pegawai dari Putrajaya menggunakan kenderaan pacuan empat roda mewah balik ke kampung selama dua hari. Kalau berlaku kemalangan melibatkan kakitangan menggunakan kenderaan bukan urusan rasmi pasti akan menimbulkan masalah,” dakwanya di sini semalam.Pihak berkenaan cuba mengambil kesempatan dalam isu kenaikan harga petrol dan diesel dengan ‘melanyak’ kenderaan jabatan sesuka hati.Menurut sumber itu lagi, jika tiada sebarang tindakan, ia akan merugikan kerajaan berikutan perbelanjaan kos petrol, diesel dan kos penyelenggaraan kenderaan dibayar tanpa mengetahui aktiviti kegunaan kenderaan tersebut.“Selain dapat menjimat petrol, mereka juga dikecuali daripada membayar tol ketika menggunakan lebuh raya.“Antara sebab mengapa mereka mudah menggunakan kenderaan ini ialah, orang ramai tidak sedar siapa yang menggunakan kenderaan itu, kenderaan itu kebanyakan bercermin gelap dan hanya unit dalaman jabatan itu sahaja yang tahu aktiviti kenderaan itu,” jelas beliau.Antara kenderaan yang digunakan ialah jenis Toyota Fortuner, Nissan X-Trail, Proton Waja, Proton Perdana serta Mitsubishi Pajero.

RM2,000 dianggap bergaji rendah

KUALA LUMPUR: Peratusan kadar kemiskinan negara akan meningkat kepada 24.3 peratus jika paras garis kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM800 ketika ini kepada RM1,500 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A Aziz."Pengiraan nilai PGK negara adalah berasaskan kaedah khusus, selaras takrifan PGK iaitu pendapatan mencukupi bagi membolehkan setiap isi rumah memenuhi keperluan asas merangkumi makanan dan bukan makanan untuk membolehkan mereka berfungsi dalam masyarakat. "Bagaimanapun, PGK akan dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa dan kerajaan sudah meningkatkan definisi golongan berpendapatan rendah kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan," katanya.Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang menyifatkan PGK pada kadar RM800 sebulan sebagai terlalu rendah dan tidak munasabah untuk membiayai keluarga, justeru ia perlu dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Berdasarkan PGK semasa sebanyak RM800 sebulan, paras kemiskinan dan miskin tegar tahun lalu 3.7 peratus dan kerajaan menerusi pelbagai program yang dirangka mensasarkan paras itu menurun kepada 2.8 peratus menjelang 2010.Amirsham berkata, kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi negara sekarang akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah. Katanya, PGK negara belum mengambil kira kesan ketara daripada kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini. "Kerajaan tidak menafikan selain rakyat miskin, ada juga golongan berpendapatan rendah iaitu dalam kategori pendapatan melebihi kadar PGK pada RM753 sebulan tetapi kurang RM1,500 sebulan," katanya.Mengulas lanjut, Amirsham berkata, komponen keperluan asas yang dimasukkan dalam pengiraan PGK ialah makanan, pakaian dan perbelanjaan lain seperti sewa kediaman, bahan api dan tenaga, pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan rekreasi. "PGK yang digunakan adalah pendapatan perbelanjaan bagi keperluan minimum dan asas semata-mata, tiada ruang untuk bermewah seperti menghantar anak ke sekolah swasta atau kelas tuisyen, mendapat rawatan perubatan daripada klinik swasta atau makan di luar rumah seperti di gerai dan restoran," katanya.Menjawab soalan tambahan Abd Khalid, adakah kerajaan akan menyokong syarat gaji minimum RM1,500 sebulan, beliau berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan. Kepada soalan tambahan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) mengenai langkah mengenal pasti golongan miskin tegar, Amirsham berkata, selain mengenal pasti, kerajaan juga merangka beberapa usaha untuk meningkatkan pendapatan golongan itu, terutama menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memberi pinjaman mikro bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Sunday, June 22, 2008

Termakan umpan

KUALA LUMPUR: Kerana teruja untuk menjadi cepat kaya, dua pelabur kerugian hampir RM80,000 apabila syarikat yang memungut duit mereka untuk menyertai satu skim francais tidak menunaikan janji dan sering mengelak setiap kali dihubungi.Mangsa turut mendakwa, wakil syarikat terbabit menggunakan ‘psikologi’ untuk mengumpan mereka supaya mengeluarkan modal RM40,000 setiap seorang sebagai permulaan skim pelaburan itu.Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Roslan berkata, menerusi skim itu setiap pelabur dijanjikan tapak dan mesin yang menyediakan khidmat menjual air suling dan kad prabayar isian semula di lokasi strategik.Antara lokasi yang dijanjikan termasuk institusi pengajian tinggi, hospital, pusat beli-belah dan kawasan tumpuan orang ramai.Dengan dijanjikan pulangan mencecah RM3,000 setiap bulan, tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat terbabit, dia terus tertarik dan membuat pembayaran awal RM36,000 kepada wakil syarikat berkenaan.“Rugi kalau tidak masuk sekarang, sebab hari ini harga murah dan bukan senang untuk dapat tapak yang boleh bagi pulangan lumayan macam ini.” Demikian antara kata-kata wakil syarikat ketika pertemuan kali pertama kami di pejabatnya.Roslan berkata, wakil syarikat itu juga pandai ‘berlakon’ dan bila dia meminta menurunkan harga tapak dia berpura-pura pergi berjumpa pengurus dan kembali semula dengan mengatakan mangsa bertuah kerana permintaannya diluluskan, menyebabkan dia benar-benar percaya skim itu.Sementara itu, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Aida berkata, wakil syarikat terbabit juga kerap memberi alasan ketika dihubungi menyebabkan dia hilang keyakinan dengan skim itu dan kini menuntut wang yang dilaburkan sebanyak RM40,000 dipulangkan selepas penat menunggu sejak empat bulan lalu.“Ketika ditanya bila saya dapat tapak untuk pasang mesin, mereka memberi alasan ia belum mendapat kelulusan. Selepas beberapa bulan wakil syarikat menghubungi saya dan beritahu tapak yang saya minta diluluskan.“Bagaimanapun, hari berikutnya wakil itu menghubungi saya dan memberitahu tapak yang dipohon itu diserahkan kepada pelabur yang menunggu lebih lama daripada saya, jadi kena tunggu untuk dapat tapak lain,” katanya.Bagaimanapun, menurut sumber dalaman syarikat terbabit yang beroperasi di ibu kota, syarikat berkenaan dipercayai akan menamatkan operasinya tidak lama lagi.Syarikat itu juga dikatakan ada beberapa lagi anak syarikat lain menggunakan nama berbeza dengan menyewa ruang pejabat di bangunan dan aras berlainan dipercayai untuk mengelirukan bakal pelabur.Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi mengenai keengganan syarikat memulangkan wang mereka serta bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan mangsa.“Kerjasama beberapa agensi berkaitan lain seperti Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) juga diperlukan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.ada lagi yang tak tau rupanya.Tapi apa nak hairan kan isu gores dan menang pun dah bertahun masuk paper ada juga yang jadi mangsa

Yong Teck Lee masih harap dapat sokongan parti komponen lain

KOTA KINABALU: Walaupun kesemua 13 pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee masih berharap beberapa orang daripada mereka akan menyokong pendirian SAPP yang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu.Yong berkata, beliau menjangka sekurang-kurang dua parti komponen akan dengan senang hati menerima apa juga keputusan kepimpinan pusat, tetapi percaya ada yang lain yang sentiasa berpegang pada suara hati akan menyokong beliau.“Saya rasa ramai orang akan sokong kami. Saya tahu beberapa pemimpin di peringkat Federal dan dari negeri lain, pada asasnya sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.“Beberapa orang membayangkannya dalam parti sendiri,” katanya kepada pemberita di pondok parti itu didirikan bagi berinteraksi dengan orang ramai di pasar minggu Gaya Street di sini hari ini.Kesemua 13 pemimpin parti komponen BN menolak usul tidak percaya SAPP itu pada mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN Khamis lepas dengan menyatakan ia tindakan tidak beretika dan bertentangan dengan semangat BN.Mengulas kenyataan setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Yong antara lain berkata, kerajaan pusat perlu menghapuskan sikap melayan negeri sebagai ’bapa kepada anak’, sebaliknya perlu melihat negeri sebagai rakan sebaya.Beliau berkata, bentuk hubungan sekarang tidak sihat oleh kerana ia menyekat anggota gabungan BN daripada meluahkan perasaan mereka.“Adalah lebih baik jika kerajaan pusat dapat mengubahsuai mentaliti, sikap dan mindset bahawa kita adalah rakan.“Kita harap apa yang kita lihat sekarang...akan membawa perubahan tentang bagaiman kepimpinan pusat melihat negeri-negeri,” kata beliau. - Bernama

Kerajaan tidak pernah pinggirkan pembangkang

KANGAR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan pihak pembangkang sebaliknya diberi peluang menikmati kemudahan yang disediakan melalui pelbagai program pembangunan, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.Sehubungan itu, beliau berharap jabatan dan agensi yang mempunyai tanggungjawab khusus terhadap masyarakat termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya tidak bersikap pilih kasih terutama dalam menyalurkan bantuan.Sebagai contoh, beliau berkata, bantuan kepada pelajar miskin bagi meneruskan pelajaran menjadi satu keutamaan meskipun ibu bapa mereka adalah anggota parti pembangkang.“Jangan fikirkan perbedaan politik tapi kena fikir masa depan anak yang perlu dibantu untuk belajar,” katanya berucap pada majlis gotong-royong anjuran Kemas di Kampung Ujong Bukit, dekat sini hari ini.Md Isa juga berharap anggota Kemas sentiasa berusaha membantu merapatkan hubungan antara masyarakat yang berbeda fahaman politik.Sempena majlis itu, beliau juga merasmikan air terjun buatan manusia di Bukit Wang Padang yang diusahakan Kemas.Air terjun setinggi lebih 10 meter itu dibina secara kreatif dengan kos hanya kira-kira RM20,000 dan ia adalah antara tarikan terbaru di kampung tradisional itu.Beliau turut menyampaikan hadiah kewangan dan projek kepada kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang berdaya maju.GDW Kampung Seri Aman, Padang Besar muncul juara GDW contoh dengan memenangi hadiah kewangan sebanya RM10,000 dan hadiah projek ekonomi bernilai RM40,000.Tempat kedua dimenangi GDW Padang Besar Selatan dengan hadiah bernilai RM8,000 dan projek ekonomi bernilai RM35,000 manakala GDW Wang Besar menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM6,000 dan projek ekonomi bernilai RM30,000.Lebih 300 anggota Kemas seluruh Perlis menyertai gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan perkampungan yang berlanskapkan bukit-bukau dan sawah padi yang terletak di kawasan Bintong itu. - Bernama

MUFTI KITA !!!!!!!

'Rakyat membilang butiran beras, pemimpin hadiri jamuan negara' - Mufti Perlis

Azamin Amin Wed Jun 11, 08 12:59:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Jun - 'Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.
Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini.
"Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.
"Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun," katanya yang dipetik daripada blognya.
Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.
"Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas," katanya.
Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi'.
"Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?
"Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.
Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat 'genting' ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka.
"Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?
"Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat," katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.
Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
"Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini," katanya.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi

Biar Pak Lah Senang, Janji Kami Susah.. Hidup UMNO

Surat untuk Pak Lah
saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bnsaya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponiksaya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sensaya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 kmwalaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempotakan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)saya akan buat minyak masak sendiriitu antara care saya merubah hidup..ade banyak lagi caresemuanya kerna UMNO dan bn…
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..saya tetap akan menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..!
sekian terima kasih..
ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

http://www.utaraonline.net/v2

Friday, June 20, 2008

MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah

ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka."Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun."Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi."Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan.

HIMPUNAN 1 JUTA RAKYAT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi."Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat."Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang."Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar."Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan."Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan.

CEO TNB: Gajinya Akan Mencecah Ratusan Ribu Sebulan

Datuk Che Khalid Mohamad Noh,Ketua Pegawai Eksekutif TNB (CEO).Gajinya sekarang ialah RM1,107,280.00 setahun. Che Khalid juga mempunyai saham dalam syarikat sebanyak 735,000 unit.
Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.
Beliau ketika dihubungi berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.
“Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.
“Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.
“Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB,” katanya.
Apa yang dikesali kata Mahfuz, pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.
Beliau berkata, sepatutnya keuntungan TNB dikongsi bersama dengan pengguna kerana penggunalah TNB mampu berdiri sebagai syarikat gergasi yang mendapat keuntungan berterusan.
Justeru katanya, pengguna sepatutnya dijadikan salah satu pemegang syer TNB dan sudah sampai masanya syarikat itu membuat kaedah untuk memberi pulangan kepada pengguna.
“Jangan hanya pandai memotong bekalan elektrik sahaja apabila pengguna lewat membayar elektrik,” katanya.
Semalam, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang “kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil.”
“Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri,” kata Azman selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah.
Menurut sumber dianggarkan CEO TNB mendapat gaji puluhan ribu setiap bulan setaraf dengan syarikat gergasi yang lain dan jika diberi kenaikan 100 peratus gajinya akan mencecah ratusan ribu sebulan.
http://www.harakahdaily.net

Tuesday, June 17, 2008

Pemberi maklumat bakal jadi OKB

PELABUHAN KLANG: Pemberi maklumat kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berkaitan kes penyeludupan, penghasilan rokok palsu dan yang berkaitan dengan bidang kuasa agensi berkenaan bakal menjadi ‘Orang Kaya Baru’ (OKB) jika maklumat mereka berjaya menyelesaikan kes disiasat.Ganjaran diberikan pula dalam bentuk tunai dan difahamkan mencecah ribuan hingga ratusan ribu ringgit bergantung kes yang diselesaikan.Pemberi maklumat turut dirahsiakan identitinya dan dilindungi daripada ancaman pihak tertentu termasuk ahli sindiket penyeludupan dan yang terbabit dalam kegiatan haram sedang disiasat.Kes terbaru, mungkin ada pemberi maklumat bakal menjadi OKB selepas membantu KDRM merampas hampir 33,000 karton rokok dianggarkan bernilai lebih RM3.5 juta, Khamis lalu.Ketika mendedahkan rampasan berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Pencegahan), Datuk Mardina Alwi, berkata serbuan dijalankan pada jam 2 petang di sebuah gudang, di sekitar Pandamaran, di sini.“Berdasarkan maklumat, sejumlah besar rokok putih dibawa masuk tanpa permit, baru-baru ini, dan hasil risikan mendapati ia berasas.“Bahagian Pencegahan kemudian melakukan serbuan di gudang terbabit dan menemui longgokan besar rokok putih yang selepas disiasat tidak mempunyai setem cukai,” katanya, semalam.Dua lelaki warga tempatan turut ditahan di gudang terbabit, seorang dipercayai pemilik dan seorang lagi pekerjanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi KDRM di talian bebas tol di 1-800-88-8855 atau di 03-31792321.

Rebet tunai rakyat..Siapa dpt Untung?

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut."Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos"Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi...10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos," katanya dalam blog tersebut.Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut.

Roslan Aziz Hina PAS!!!

Bantah konsert 'ego orang agama'Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pmKomposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah.Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.ella"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul."Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget.Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga.Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

SAPP adakan sidang akhbar khas esok

KOTA KINABALU 17 Jun – Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan satu `kejutan' esok.Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini."Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia.Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.- Utusan.

apakah benar seperti yang dikatakan sebuah parti komponen BE END akan keluar dari kepompong Be End atau cuma gurauan politik? Tunggu saja esok

Monday, June 16, 2008

Yahudi menyelinap dalam projek2 Malaysia!

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru.Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.Berkenaan Halliburton Manufacturing Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq.Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing.Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang.Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi.Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang AmerikaBRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…* Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,* Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina.Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),* Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi LainPada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.Menurut Dr. P.s.Babcock,“…bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka.Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.

Proton keluar model baru guna NGV

KUALA LUMPUR 16 Jun - Proton dijangka mengeluarkan kenderaan model terbaru iaitu teksi yang menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) sebagai alternatif utama bagi menggantikan petrol dan diesel, Ogos ini.Presiden Persatuan Pengedar-pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Wan Ahmad Sepwan Wan Abdul Rahman berkata, kenderaan itu dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang terbaik untuk golongan pekerja terutamanya di bandar-bandar besar yang menggunakan pengangkutan itu ke tempat kerja.''Kita lihat kemajuan di Jepun dan Korea.Mereka jauh ke hadapan dan sudah lama menggunakan NGV sebagai bahan api utama.''Proton lihat penggunaan teksi NGV ini boleh diperluaskan. Sebab itu, kenderaan model terbaru itu akan dikeluarkan sebagai permulaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Semalam, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman menggesa Proton supaya mencipta pengeluaran kereta nasional dengan menyediakan tangki NGV yang mungkin lebih kecil dan boleh diletakkan meliputi kawasan tengah dan belakang di bawah kereta.Tambah beliau, langkah itu boleh dilakukan terhadap semua kenderaan baru keluaran Proton dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV ketika negara dihambat dengan kenaikan harga petrol dan diesel.Wan Ahmad seterusnya berkata, model teksi itu juga telah direka untuk mesra penumpang dan mempunyai ruang yang lebih luas di bonet belakang kenderaan tersebut.''Model ini tidak akan mengambil lebih ruang bonet seperti teksi NGV hari ini. Ia direka khas untuk penggunaan NGV," katanya.Menurutnya, model teksi NGV itu dijangka menjadi langkah awal kepada pengenalan model kenderaan NGV untuk penggunaan persendirian.''Kita yakin model ini akan digunakan secara meluas dan akan diterima semua pemilik kenderaan dalam masa yang singkat.''Ia jelas menjimatkan jika dibanding dengan petrol. Penggunaan kenderaan NGV akan menjadi alternatif utama masalah kenaikan harga minyak dunia," ujarnya.Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama kerajaan, pembekal NGV dan pengusaha stesen minyak adalah penting untuk merealisasikan penggunaannya secara meluas.''Banyakkan stesen minyak yang menjual NGV dan perluaskan promosi serta galakan pengunaan gas ini,'' katanya.Beliau seterusnya memberitahu, langkah menggunakan NGV itu perlu dimulakan ke atas semua teksi sebelum diperkenalkan kepada kenderaan persendirian.

Batalkan hasrat hijrah ke bandar

PUTRAJAYA 16 Jun – Anak muda terutama ribuan lepasan sekolah pada penghujung tahun ini yang berhasrat berhijrah ke bandar-bandar besar dinasihatkan membatalkan niat mereka berikutan keadaan kos hidup yang semakin meruncing pada masa ini.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, saban tahun kebiasaannya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan menyaksikan kebanjiran ‘peneroka bandar’ tetapi kali ini pihaknya berharap mereka melupakan sahaja hasrat untuk berbuat demikian.Sebaliknya, kata beliau, adalah lebih baik golongan muda ini menumpukan usaha membangunkan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar terutama dengan menyertai bidang keusahawanan, penternakan dan penanaman bahan makanan.‘‘Saya berharap kepada anak-anak muda yang berniat berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari rezeki supaya melupakan hasrat mereka sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun ini.‘‘Adalah lebih baik tumpukan usaha menghasilkan penternakan dan bahan makanan di luar bandar.‘‘Pihak kementerian menerusi rancangan Ekonomi Desa (ED) menyediakan pinjaman antara RM20,000 hingga RM500,000 kepada mereka yang berminat sebagai usahawan, tidak kiralah sama ada hendak menternak kambing, ikan sembilang dan apa jua kegiatan ekonomi desa, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan lebih seminggu lalu mengakibatkan rakyat negara ini terutama di bandar-bandar berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Betul tu UMNO memerlukan anak-anak muda terus duduk di kampung supaya tak terdedah dengan sumber maklumat media IT so mudah ler UMNO hantar cikgu KEMAS masuk kampung pujuk undi depa dalam PRU13 nanti.

Sunday, June 15, 2008

Syor kajian tenaga nuklear jana elektrik ke Kabinet

BANGI: Kertas kerja mengenai perlunya kajian mendalam penggunaan sumber tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik di negara ini akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya bulan depan. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor, berkata kertas kerja berkenaan disediakan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang kini pada peringkat akhir untuk disemak sebelum dibentangkan ke Kabinet. Beliau berkata, kerajaan bercadang untuk menggunakan sumber tenaga nuklear selepas 2020 dan kerana itu kementerian berasakan adalah masa yang sesuai melaksanakan kajian lebih mendalam mengenai penggunaan bahan berkenaan.
"Kajian ini termasuk dalam aspek keselamatan dan pendedahan orang awam mengenai tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik selain kajian mengenai bahan buangan penggunaan tenaga nuklear," katanya semalam. Shaziman berkata, orang ramai perlu tahu bahawa pembangunan tenaga nuklear mengambil masa lama untuk dibangunkan iaitu sekurang-kurangnya 15 tahun. "Misalnya, jika kerajaan kita bersetuju untuk menggunakan tenaga nuklear, kita kena tahu dari tarikh bersetuju sehingga tarikh boleh gunakan tenaga itu, kita perlu mengambil masa setidak-tidaknya 15 tahun. Ini satu jangka masa yang lama, maka kajian perlu dibuat sekarang," katanya.
Beliau berkata, walaupun belum ada keputusan untuk menggunakan tenaga berkenaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bersedia awal dengan menghantar beberapa kakitangan mereka ke negara yang sudah menggunakan tenaga nuklear untuk mendalami kepakaran yang ada. Katanya, apabila Malaysia mengambil keputusan mahu menggunakan tenaga nuklear nanti, ia mudah kerana TNB sudah ada kepakaran mereka. Mengulas lanjut kertas kerja berkenaan, katanya antara yang dicadangkan ialah mengenai masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan penggunaan tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik serta jangka masa yang boleh serta sesuai untuk negara memulakan projek berkenaan. "Saya berasakan kita perlu lihat negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang sudah bergerak ke arah untuk menggunakan sumber tenaga berkenaan. Bagi Malaysia, oleh kerana kita diterima baik pada peringkat antarabangsa, kita juga perlu melihat perlunya penggunaan sumber tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik.
"Kita kena ingat bahawa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan tenaga nuklear bukannya mudah. Kita perlu dapatkan kebenaran daripada badan antarabangsa tertentu. Kerajaan kena lihat perkara ini dengan serius dan mengambil kira bahawa kenaikan harga minyak dunia – adalah faktor yang mendorong perlunya pembangunan tenaga nuklear ini. "Kita buat kajian sekarang untuk melihat masa sesuai memulakan projek penggunaan tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik ini serta persediaan kita perlu melangkah ke arah itu," katanya

PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu -->
Beliau mempersoalkan apakah PM masih tidak faham atau sengaja 'buat-buat tidak faham' dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.
Cadangan PM itu jelas cuba memperbodohkan rakyat khususnya bagi mereka yang tidak faham dengan Perlembagaan kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Abdullah sudah tentu faham untuk menurunkan harga minyak, gas, tol dan sebagainya merupakan kuasa kerajaan Pusat. Kenapa pula beliau hendak mencabar lima buah negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan minyak terlebih dahulu," tegasnya.
Mahfuz merupakan ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan, jika PM mahu lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak apakah beliau bersedia memberikan hak atau kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat memungut cukai pendapatan.
Katanya, jika kerajaan negeri boleh turunkan harga minyak itu bermakna kerajaan itu mempunyai hak untuk memungut cukai pendapatan.
Menurut beliau, hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Jika Abdullah mahu kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji menurunkan harga minyak katanya, PM perlu letak jawatan dan beri peluang kepada PAS untuk memerintah.
"Insya-Allah PAS bukan saja boleh menurunkan harga minyak bahkan mampu menjana pertambahan pendapatan kepada negara dalam suasana berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa," tegasnya.
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat supaya tidak boleh membiarkan diri mereka terus diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya PM dan Timbalannya berhubung isu kenaikan harga minyak.
Ini kerana katanya, alasan yang dicadangkan oleh PM seperti membayar gaji kakitangan awam dua kali sebulan tidak boleh diterima dan jelas tidak masuk akal.
Tambah beliau, rakyat perlu bersatu melakukan satu tuntutan yang kuat bagi memastikan harga minyak petrol dan diesel diturunkan segera.
"Membayar gaji sebulan dua kali merupakan satu kaedah yang melucukan. Saya minta PM tunjukkan kaedah gaji yang dibayar dua kali sebulan boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat," soalnya.
Merujuk dua cadangan PM lima kerajaan Pakatan Rakyat perlu mendahului menurunkan harga minyak dan pembayaran gaji dua kali sebulan katanya, "Apakah PM memberi cadangan tersebut selepas bermimpi atau bangun daripada tidur." - mks. _

Minyak lagi - Mengapa Rakyat Perlu Bertukar Daripada Petronas?

Mengapa Rakyat Perlu Bertukar Daripada Petronas?
Wahai warga Malaysia sekelian. Hebahkanlah cerita benar ini kepada rakan-rakan anda sekelian mengapa perlu boikot minyak Petronas.
Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni. Baru-baru ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu. Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu.
Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu. Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia.tapi minyak yang kita carigali kat Terengganu dan Sarawak tu, kita tak pernah guna pun. Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A. Diulangi Minyak Gred A. Semua minyak tersebut dijual keseluruhannya ke luar negara. Jadi Petronas telah beli pula minyak gred C. Diulang Gred C untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas.
Dalam kajian oleh syarikat-syarikat kereta yang bukan kereta nasional, bahawa minyak Petronas ini adalah minyak paling kotor sekali. Maklumlah minyak gred C. Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso atau Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B. Inilah yang rakyat Malaysia tak tahu.
Kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yang mana setong hampir mencecah USD130.00. Semua orang tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia? Itulah antara sebab-sebabnya.
Untuk pengetahuan anda semua, semasa kenaikan harga minyak dari RM1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak Petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat Malaysia isi minyak Petronas, harga minyak tidak akan naik". Semua e-mail tersebut adalah mengarut. Anda semua kena tipu. Minyak tetap naik jugak, kan.
Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang-orang besar di atas tu dan orang-orang yang bekerja dengan Petronas. Sebab bila ramai mengisi minyak Petronas, makin besarlah untung Petronas. Bila makin besar untung, makin besarlah bonus yang orang-orang Petronas dapat.
Tahun lepas sahaja bonus orang-orang Petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. Tapi yang Petronas isytihar ialah DUA bulan bonus sahaja. Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati. Dahsyat betul mereka menipu rakyat. Mengambil untung daripada hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat.
Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri daripada abang ipar aku yang bekerja di KLCC. Dia yang menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita ke luar negara dan membeli Minyak Gred C untuk digunakan di Malaysia. Masa aku dengar dia bercerita, menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)" dah la gaji dia RM 6+++. Siapa yang bekerja dengan kerajaan pada tahun 2007 mana ada bonus.
Fasal Peraduan Car Craze. Yang menang, semua orang yang senang-senang dan ada sumbangan atau kaitan dengan Petronas (tidak dinafikan lagi). Apa salahnya kalau Petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 ke, tanpa pertandingan Car Craze? Semua rakyat dapat rasa. Ini tidak. Sudahlah jual minyak gred C, kemudian nak tarik ramai orang isi minyak Petronas dengan peraduan semacam itu. (rerupanya kita tertipu dengan peraduan tersebut)
Aku bukan nak kondem Petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta-buta dengan cara demikian. Selama ni aku isi minyak Petronas nak sokong produk Malaysia. Tetapi setelah aku tahu aku terus bertukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso/Shell dan sekarang ini sudah tujuh bulan aku tak isi minyak Petronas. Aku dapat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .
Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yang anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda.

Sistem tender terbuka di Pulau Pinang....betul ke?

Sistem tender terbuka di Pulau Pinang boleh akibatkan kontraktor kelas F ‘gulung tikar’.15/06/2008 4:18pmPULAU PINANG 15 Jun – Sistem tender terbuka yang diguna pakai kerajaan negeri sekarang jika diteruskan boleh mengakibatkan kontraktor bumiputera kelas F di negeri ini ‘gulung tikar’.Pengerusi Persatuan Kontraktor Binaan Bumiputera Kelas F Pulau Pinang, Abdul Wahab Hamid memberitahu pemberita di sini hari ini, penggunaan sistem itu menyebabkan mereka tidak berpeluang dan sukar mendapat kerja kerana terpaksa bersaing dengan syarikat lain.Menurutnya, sepanjang tempoh hampir tiga bulan sistem tersebut dilaksanakan, projek-projek yang diperoleh kontraktor bumiputera kelas F di negeri ini telah berkurangan sehingga 50 peratus.Dalam sistem yang diguna pakai itu, mana-mana syarikat boleh menyertai tender walaupun tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). - Utusan.................................................. ............Sekiranya benar, maka bakal tamatlah riwayat kontraktor bumiputra kat Penang.....Aku call member aku kat penang tadi buat confirmation. memang sah open tender. sampaikan certain project tak sampai sejam borang habis. siap yang handle tender ade main booking form untuk die nye 'kaki'.*rasanya DAP takkan lama kat sana.....

Jefri salahkan Sultan Brunei

ADIK pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah yang berhadapan dengan ancaman hukuman penjara kerana gagal hadir di sebuah mahkamah tinggi di Britain menyalahkan abangnya kerana melanggar satu perjanjian damai berhubung perbalahan keluarga melibatkan nilai kewangan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion).Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam, Putera Jefri mempertahankan tindakannya dan menegaskan ketidakhadiran pada Rabu lalu bukan bertujuan untuk menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah.Bagaimanapun, beliau kini merupakan seorang lelaki yang dikehendaki dan menghadapi ancaman untuk beralih daripada kehidupan mewah ke sebuah penjara.Bercakap di rumahnya di Place Vendome, Paris, Putera Jefri menolak komen yang dilakukan oleh Hakim Peter Smith pada minggu lalu.“Adalah menjadi harapan saya bahawa ketidakhadiran saya tidak akan dilihat sebagai satu tanda tidak menghormati mahkamah atau United Kingdom.“Saya sudah menghabiskan masa di Britain dengan baik dan saya mempunyai banyak sebab untuk menggenggam UK dalam perasaan kasih sayang yang hebat.“Saya berasa amat kesal dan mendapati adalah mustahil untuk hadir pada Rabu lalu,” katanya.Putera Jefri yang berumur 53 tahun bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana menghina mahkamah dan dituduh tidak mematuhi satu arahan mahkamah.Arahan mahkamah itu meminta beliau menyerahkan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion) kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dengan dipantau oleh Sultan Brunei.“Saya berikhtiar selama beberapa minggu untuk mencapai satu penyelesaian terakhir berhubung perbezaan dengan abang saya.“Sebahagian daripada proses itu melibatkan pendedahan kesalahan-kesalahan di mana saya benar-benar amat kesalkan,” katanya.“Sepuluh hari lalu, semua pihak menyangka satu penyelesaian sudah dicapai.“Pada saat akhir dan perihal yang tidak dapat dijelaskan, satu pihak lain memindahkan satu penyelesaian daripada meja dan sebaliknya menekankan dengan satu percubaan untuk membuatkan saya didapati menghina mahkamah.“Ironinya, bukti yang saya sediakan secara sukarela adalah untuk membentuk satu tumpuan utama kes terhadap saya,” katanya.Putera Jefri menolak sebarang harapan berhubung penyelesaian satu perdamaian dengan Sultan Brunei yang dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak £18 bilion (RM115.19 bilion).Beliau turut menyatakan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke Britain.“Adalah menyedihkan saya perlu merumuskan bahawa satu perdamaian dengan pihak lain adalah tidak mustahil dan perjuangan tidak adil akan berterusan sekali gus meletakkan tekanan hebat ke atas saya dan keluarga saya,” ujarnya.Putera Jefri mempunyai empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat.Dikenali dengan jolokan putera playboy kerana gaya hidup mewah, Putera Jefri sudah berbalah dengan Sultan Brunei sejak sedekad lalu.Sultan Brunei dan Putera Jefri sudah tidak berbual selama empat tahun.Putera itu didakwa menyeleweng £8 bilion (RM51.20 bilion) dalam bentuk dana awam ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama 13 tahun.Bagaimanapun, dakwaan itu kerap dinafikannya dan menegaskan beliau bertindak dengan pengetahuan Sultan Brunei.Putera Jefri berkata, beliau mematuhi penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan memberikan wang tunai, barangan bernilai dan kediaman bernilai £3 bilion (RM19.19 bilion).Namun, terdapat tuduhan bahawa beliau membenarkan wang dibawa keluar dari akaun bank yang sepatutnya dibekukan dan gagal mendedahkan akaun-akaun lain, di mana kedua-dua tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.Kes itu kini didengar di London kerana rumah utama Putera Jefri terletak di Regent's Park, Britain.Hakim Peter Smith mencadangkan putera itu tidak diberikan ikat jamin jika ditangkap dengan menyatakan adik Sultan Brunei tersebut sedang bermain satu permainan taktikal untuk menangguhkan perbicaraan.Hakim mengeluarkan satu waran tangkap yang mampu dikuatkuasakan di seluruh Kesatuan Eropah.Sultan Brunei setakat ini masih berdiam diri berhubung perbalahan itu dan adalah difahamkan baginda mahu undang-undang dilaksanakan mengenai kes berkenaan.Putera Jefri menyatakan wang yang dituduh diselewengkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membina hospital-hospital, kewangan dan kerja-kerja awam.Baru-baru ini, beliau membuat komen: “Saya bukannya malaikat, pastinya, tetapi saya telah menjadi lelaki yang gagal.” – Agensi

Friday, June 13, 2008

Tip menjaga kecantikan cara Islam

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.1· Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.2· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN3· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.4· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.5· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Bicara minyak! bacalah.. adakah rakyat diperbodohkan oleh para Menteri di M'sia?

wake up, sleeping beauty!! bila lah pak lah nak wake-up from his sleep....dia ingat rakyat dia semua bodo kut! Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.
Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000
Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!
Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)
Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!
Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!
Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!
Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:
Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..
Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.
USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.
RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.
Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.
Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?
Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!
Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun..
Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.
Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.
1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134
Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.
1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).
Maka,
2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.
Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.
Secara teknikalnya,
Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858
Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong
Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.
Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)
Analisis lain:
1 tong minyak mentah = 159 liter
46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.
46% dari 159 liter = 73.14 liter
73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)
USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.
Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.
PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?
Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.
Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.
Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat 'ganti rugi' untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.
BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun..
Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?
Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?
Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?
Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.
Fikirkan:Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.
PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?
Jawapannya:Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!
Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak? BAGITAU SEMUA KAWAN2 ANDA

Thursday, June 12, 2008

Alasan yang sama diberikan oleh Pengurusan tertinggi bila nak minta kenaikan gaji staf TNB bagi CA-6

TNB nak tipu kiter lagiDilulus terbit pada Thursday, June 12 @ 07:36:33 MYT oleh SongkokPutih
Oleh A.M.TNB ura-ura dan tidak mustahil nak amik kesempatan sempena menyambut kenaikan harga minyak mereka pun mencari akai nak naikkan takrif letrik berdasarkan harga minyak ….. memang agak malang kita sebagai pengguna @ rakyat dibebankan dengan bermacam2 benda.
Minyak dan segala barangan boleh diumpamakan sepucuk JALA …… jika pucuk jala (minyak) ditarik keatas @ atau dinaikkan….maka segala lobang-lobang benang yg banyak…termasuk batu-batunya sekali akan ikut pucuknya naik…

Sekarang kita nak tengok telatah TNB pula…….dan Setiap kali minyak naik maka keluarlah musang-musang kat kaca TV berbunyi TNB tak mampu menanggung beban kenaikan harga minyak untuk menjalankan operasi JANALETRIK sebab kos tinggi.

tahukah anda?.......apa yang TNB tipu kita……

Dulu…..LEMBAGA LETRIK NEGARA diswastakan menjadi …….Tenaga Nasional Berhad….selepas semua EMPANGAN AIR siap dibina dengan duit rakyat kemudian diswastakan.

Empangan yang besar:-

1- Empangan Pedu..Kedah
2- Empangan Temenggor….Perak
3- Empangan Kenyir…….Trengganu

Empangan kecil ada lagi tetapi tak perlu masuk senarai kita bongkar yg besar-besar ini dulu…terutama Empangan Temenggor dan Empangan Kenyir….

Setiap empangan ini ada sekurang-kurangnya 3 buah(unit) TURBIN untuk menjana letrik menggunakan air tanpa menggunakan setitik pun minyak diesel @ seketul pun arang batu. Tujuan asal pembinaan Empangan2 ini adalah untuk menakung air minuman dan yang lebih mustahaknya untuk menjana elektrik?......berapa peruntukan telah terbenam disane?

Persoalannya ialah…..

Kenapa pemimpin ular sawa ini menghalang dan menguatkuasakan penjanaan turbin2 itu ….. hanya dibenarkan 1 buah turbin di Kenyir dan mungkin satu lagi di Temenggor. Kenapa? Turbin yang lain di tidurkan sekian lama?

Sebab….

Orang politik nak bisnes nak cari duit senang…….jika semua turbin di dua empangan tersebut dijalan kan kerajaan tiada alas an untuk menaikkan takrif eletrik kerana penjanaan didua empangan tersebut mampu supply eletrik seluruh semenanjung .singapura dan sebahagian Thailand.dengan harga amat murah.

Oleh kerana orang politik nak bisnes…mereka STOP sebahagian besar operasi turbin (yang memang murah harganya untuk rakyat) dan mencari akal serta mengujudkan jana letrik swasta yang banyak dibina ditepi laut seperti yang anda sedia maklum stesen janakuasa tersebut semuanya menggunakan minyak diesel dan arang batu. Yang sedih nya kerajaan dipaksa sign kontrak mesti membeli letrik dari stesen-stesen politik ini dan kongkong operasi turbin empangan. Operasi stesen-stesen itu sahaja yang selalu diwar-warkan..dan diperbesar-besarkan dalan TV/media mengatakan kos operasi letrik tinggi dan bermacam-macam lagi akibat kenaikan harga minyak dan arang batu. APA SUDAH JADI NI???? Kenapa tak pernah tunjukkan kos operasi Turbin empangan yang menggunakan air itu….?? Kesian rakyat Malaysia di perbodoh-bodohkan oleh pemimpin ular-ular sawa .

NGO dan pembangkang hendaklah segera buat kajian terperinci tentang kemampuan janakuasa empangan2 tersebut dan bangkitkan diPARLIMEN kenapa yang murah…di tahan…yang mahal dipaksa rakyat bayar? Perkara ini sudah lama berlaku. Kini masanya di bongkar. Mengapa Janakuasa swasta ini ujud dengan banyak siapa disebalik stesen2 tersebut dan kenapa mereka memaksa kerajaan sing kontrak membeli letrik dari stesen swasta tersebut.

(Jika disoal mereka dah siap jawapan….untuk support jika janaletrik empangan rosak) sebenarnya mereka nak bisnes

Jika nak bisnes…….ok tiada masalah generate power jual sendiri lawan harga letrik empangan. Macam telefon memasing ujudkan Digi, Maxis, celcom dan lain-lain memasing melawan menawarkan line mereka murah rakyat puas hati memilih dan menikmati benda yang diswastakan…..macam itu baru betul….kerajaan kenapa tidak suruh TNB dan Stesen tepi laut tersebut lakukan macam line telefon itu???

Ada sumber letrik (empangan) harga yang murah untuk dinikmati rakyat tapi kenapa diarah Slow-Down operasinya…..dan MENGAPA? mengujudkan janaletrik swasta dan paksa rakyat membayar dengan harga setiap tahun semakin tinggi??? Why..why..why…

Jika orang politik ular sawa nak bisnes carilah benda lain…jangan lah nak dapat duit dengan memulas perut rakyat??

Dari…keladi gatai…...bukan sumer rakyat boleh ditipu
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11167

Wednesday, June 11, 2008

Yang selama ini kita tak tahu ATAU tahu tapi buat tak kisah ATAU tahu tapi tak tahu nak wat apa..

Kerajaan Malaysia Menanggung berBILLION ringgit SUBSIDI kepada RAKYAT SINGAPURA!! Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN

Mungkin di antara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini. tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.
Bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.
1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
Walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.
Sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.
Lihat perjanjian tersebut seperti berikut:-
PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen. 2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen 3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura 4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061 5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU. 2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut 3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.
Tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.
3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.
4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.
Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.
Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.
- Reformis Muda (tanpa semakan/suntingan)