Monday, March 30, 2009

Munirah terima ganjaran paling manis pulih barah, cemerlang SPM

KOTA BHARU 22 Mac - Munirah Suhaidi, 18, terpaksa mengambil cuti sekolah selama setahun mulai Julai 2007 untuk menjalani rawatan barah tulang.

Akibatnya dia terlepas peluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun tersebut.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1 itu hanya sempat kembali ke sekolah tiga bulan sebelum menduduki SPM 2008 dan kegigihannya melawan penyakit serta tumpuan kepada pelajaran memberikan ganjaran yang 'amat manis' baginya.

Gadis itu yang kini disahkan sudah bebas daripada penyakit itu memperoleh 9A iaitu 7 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Matematik, Kimia, Biologi dan Tasawwur.

Dia memperoleh 2 2A bagi Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan manakala Fizik pula 4B.

Munirah juga merupakan antara 41 pelajar cemerlang SPM SMK Zainab yang memperoleh antara 11 A1 hingga 7 A1.

''Saya bersyukur memperoleh 9A dalam SPM 2008 dan menghadiahkan kejayaan kepada ibu, guru-guru dan rakan-rakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Munirah, dia amat menghargai sumbangan ibunya, Noraini Ahmad, seorang pembantu makmal di Maktab Sultan Ismail yang banyak berkorban semasa dia mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

''Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan ibu termasuk sepanjang masa saya berulang alik ke hospital dan kejayaan ini adalah bagi membalas segala jasanya,'' katanya.

Dia disahkan menghidap penyakit tersebut pada Julai 2007 apabila bahagian lutut kanannya membengkak dan menjalani pembedahan pada Januari tahun lalu, disusuli dengan rawatan kemoterapi.

''Saya bersyukur kerana disahkan pulih daripada penyakit itu pada Ogos tahun lalu dan kembali ke sekolah untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan.

''Sebelum ini saya mengalami detik paling sukar. Ia ujian Tuhan dan saya perlu terima dengan tabah dan cekal,'' ujarnya.

Standard markah SPM semakin tinggi

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kementerian Pelajaran menolak dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan sistem pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan peningkatan jumlah pelajar cemerlang pada setiap tahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, peningkatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sistem yang diwujudkan kerana standard pemarkahan setiap tahun adalah semakin tinggi.

''Saya yakin kecemerlangan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu bukan disebabkan oleh sistem pemarkahan, ia tidak ada kaitan langsung.

''Selain sistem pemarkahan, standard pembelajaran dalam semua subjek juga semakin mencabar, saya rasa perkara seperti ini tidak sepatutnya sengaja ditimbulkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2008 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi YPC, Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.

Menurut Alimuddin, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar terbabit antaranya menerusi kemudahan pembelajaran yang semakin canggih seperti penggunaan Internet.

''Pelajar sekarang mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk melengkapkan diri dengan ilmu selain bahan seperti buku.

''Selain itu, pengalaman dan kreativiti guru-guru dalam pengajaran juga turut menyumbang kepada kejayaan ini diikuti peranan ibu bapa dan motivasi terhadap pelajar itu sendiri,'' ujarnya.

Terdahulu, seramai 79 pelajar daripada 12 buah sekolah angkat YPC yang berjaya meraih semua A dalam setiap mata pelajaran telah menerima anugerah pada majlis itu.

Selain itu, Anugerah Khas turut disampaikan kepada seorang pelajar kurang upaya (OKU), James Low Hung Ping dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara yang berjaya mendapat keputusan 10A.

Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima wang tunai RM300, dua buah buku motivasi dan sijil penghargaan.

Klik di hujung jari untuk beli-belah

PERKATAAN 'klik' kini sudah semakin sinonim dengan perkembangan dunia digital yang menawarkan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia.

Bayangkan, melalui sekali klik, pelbagai aktiviti dapat disempurnakan dengan sekelip mata walaupun pengguna hanya berada di rumah.

Salah satu dari perkhidmatan klik terkini yang telah menarik perhatian ramai pengguna adalah membeli-belah secara dalam talian.

Melihat kepada perkembangan itu, syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi telah melebarkan sayap perniagaan mereka ke suatu bidang berbeza daripada perkhidmatan yang pernah ditawarkan kepada pelanggannya.

MySimplifieds merupakan ruang portal baru yang memberi peluang kepada pengguna menjalankan aktiviti menjual dan membeli pelbagai barangan secara lebih mudah menerusi Internet.

Dengan matlamat memberi kelainan dari segi tawaran perkhidmatan, idea penghasilan portal berkenaan dianggap berpotensi dan relevan dalam melengkapkan aplikasi mobiliti pada telefon bimbit.

Dipacu menggunakan aplikasi web 2.0, penggunaan mySimplifieds adalah sangat mudah dan unik kerana pengguna boleh mempromosikan item yang ingin mereka jual atau beli menerusi akses sambungan WAP.

Selain itu, kempen promosi turut boleh dilakukan di laman web, laman blog serta laman rangkaian sosial popular seperti Facebook dan juga Friendster .

Bermacam-macam produk boleh didapati melalui portal tersebut dari gajet elektronik dan buku sehinggalah kereta, hartanah serta pakej pelancongan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, portal tersebut bakal memberi pengalaman berbeza kepada pengguna iaitu membeli-belah menerusi telefon bimbit.

''Apa yang menarik, aplikasi portal ini tidak hanya terhad kepada pelanggan DiGi kerana sesiapa sahaja boleh mengaksesnya melalui pendaftaran secara percuma.

''Kami juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) agar pengguna dapat menerima notifikasi untuk setiap transaksi tidak kira di mana mereka berada,'' katanya pada pelancaran mySimplifieds.com di Shah Alam baru-baru ini.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu melayari laman web www.mySimplifieds.com dan menaipkan kata kunci produk yang dicari pada kotak pencarian.

Kemudian, jika kata kunci yang dicari bersesuaian dengan 11 kategori yang tersenarai, maklumat mengenai produk berkenaan akan dipaparkan seperti gambar atau video, kod dan harga serta individu yang boleh dihubungi.

Secara keseluruhannya, tiada sebarang bentuk program perisian atau bayaran dikenakan bagi membuat sebarang tawaran di mySimplifieds.

Mengenai medium pembayaran pula, pembeli akan berurusan secara langsung dengan penjual untuk menentukan sama ada ingin membayar menggunakan kad kredit atau kad debit.

Namun apa yang pasti, daripada segi keselamatan, pihak DiGi memberi jaminan akan memantau pergerakan aktiviti jual beli tersebut untuk mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Teknologi audio, inovasi suara

Sama ada anda meletakkan iPod atau iPhone di dalam bilik tidur atau mendengar lagu kegemaran di ruang tamu, Logitech mempunyai tempat meletakkan speaker.

Speaker Logitech Pure-Fi Express Plus bagi iPhone dan iPod mengeluarkan bunyi yang jelas jika anda berada di dalam bilik atau ruang tamu.

Manakala Logitech Pure-Fi Anytime jam loceng bagi iPod atau iPhone adalah teman terbaik semasa bangun pagi.

Kedua-dua speaker sesuai dengan iPhone generasi pertama serta iPhone dengan 3G.

Tempat meletakkan speaker iPod terkini direka untuk disesuaikan dengan keperluan setiap individu sama ada mereka mahu audio yang bagus, kemudahan atau jam loceng dengan ciri inovatif seperti mengesan pergerakan.

Tempat meletakkan speaker iPod atau iPhone pertama, Pure-Fi Express Plus menawarkan akustik omnidirectional.

Ia merupakan inovasi yang sebelum hanya didapati dalam sistem teater rumah yang mahal.

Pure-Fi Express memberikan lebih daripada bunyi yang jelas dan Pure-Fi Express Plus boleh beroperasi menggunakan ulang alik (AC) atau kuasa bateri dan mempunyai pemegang bagi membolehkan ia dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Logitech dock terkini juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh tanpa wayar.

Dengan jarak sehingga 10 meter, anda boleh menggunakan alat kawalan jauh untuk mengaktifkan sistem anda, hentikan serta menawarkan butang Shuffle dan ulang, hanya beroperasi sambil duduk di kerusi.

Pembesar suara omnidirectional Logitech Pure-Fi Express Plus bagi iPod dan iPhone telah berada di pasaran dengan harga runcit RM359.

Logitech Pure-Fi Anytime premium jam loceng bagi iPod atau iPhone juga telah berada di pasaran dengan harga runcit RM459.

Penyatuan unggul teknologi dan fesyen

LG Electronics (LG), pemimpin teknologi dan reka bentuk komunikasi mudah alih, bersama Prada , jenama fesyen terkemuka dunia, baru-baru ini melancarkan pengganti Prada yang ditunggu-tunggu.

Kali ini, aksesori komunikasi mudah alih memikat yang boleh dipakai Prada Link, diperkenalkan sebagai gandingan sempurna Prada Phone by LG penuh bergaya.

Edisi terkini Prada Phone by LG (LG KF900) menawarkan pelbagai peningkatan teknikal yang memenuhi keperluan komunikasi mudah alih.

Daripada aspek luarannya, telefon bimbit baru ini mengekalkan reka bentuk luar minimum asal yang kini menjadi inspirasi reka bentuk utama bagi telefon bimbit skrin sentuh di seluruh dunia.

Bagaimana pun, peningkatan jelas bagi telefon bimbit ini adalah jam Bluetooth baru, Prada Link (LG LBA-T950).

Dengan badan logam penuh dan bentuk luaran kaca, Prada Link penuh bergaya ini merevolusikan kaedah konvensional komunikasi mudah alih di samping menawarkan kefungsian dan kemudahan kepada trend fesyen.

Antara muka telefon bimbit ini turut dipertingkatkan dengan teknologi UI pancaran aktif terbaru LG dan maklum balas haptik input sentuh, meningkatkan pengalaman bagi penawaran isi kandungan eksklusif telefon ini.

Peningkatan dinamik bagi perisian juga digandingkan dengan serasi oleh sambungan perkakasan yang mesra perniagaan yang merangkumi keupayaan 3G dengan HSDPA sehingga 7.2Mbps dan kamera 5 mega piksel termaju yang menampilkan rakaman video gerak perlahan dan rakaman DivX.

Ciri lain termasuk Wi-Fi, pelayar HTML penuh dan keupayaan panggilan video.

PRADA Phone by LG dan Prada Link kini boleh didapati di kedai peniaga sah LG dan dijual pada harga runcit RM2,999 dan RM1,699 setiap satu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Prada Phone by LG dan Prada Link, sila layari www.pradaphonebylg.com

Harga ayam turun lagi esok

KUALA LUMPUR 30 Mac - Harga ayam pedaging akan turun lagi sebanyak 30 sen sekilogram di seluruh negara mulai esok, pengumuman kedua penurunan harga selepas yang pertama pada Khamis lepas.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong berkata harga ayam ladang turun daripada RM3.30 kepada RM3 sekilogram, harga borong daripada RM4 kepada RM3.70 sekilogram dan harga runcit daripada RM4.70 kepada 4.40 sekilogram.

Harga borong ayam bersih akan turun daripada RM4.70 kepada RM4.35 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM5.55 kepada RM5.20 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini menyatakan bahawa harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM6.90 kepada RM6.50 sekilogram.

Katanya harga ayam turun disebabkan bekalan ayam berlebihan di Semenanjung Malaysia berikutan dengan kegawatan ekonomi.

Beliau berharap pengguna mengambil peluang dengan penurunan harga ini agar membeli lebih banyak ayam untuk mengurangkan bekalan berlebihan. Bagaimanapun penurunan harga ini hanya bagi ayam pedaging untuk kegunaan tempatan dan bukan untuk eksport. - BERNAMA

Sunday, March 22, 2009

Seorang sahabat memajukan artikel ini kepada saya. Sebagai peringatan kita…. Semoga kita sentiasa di dalam keredhaan dan rahmat Allah.

Seorang sahabat memajukan artikel ini kepada saya. Sebagai peringatan kita…. Semoga kita sentiasa di dalam keredhaan dan rahmat Allah.

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8.. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

nfo on Gaza - Heart wrenching & some facts we do not know!

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang
ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan.
Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak
dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular.
Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak
kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah
tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" -
Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza.
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami
bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas
500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam
lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world
comes from Gaza!

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat
Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention
Hashim....)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau
tak kerana peperangan..



Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat
manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in
small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok
lahir lagi seorang bayi..



Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta
kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab
tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine
kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah
katakannn...




Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati
kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa
bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di
jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus
..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak
de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang
sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan
tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak
pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg
diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran
kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita
shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di
mana jua mereka berada..


Wasalam.

HARAM

Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah, Allah aminkan doa kita 9:07 PM 1/16 Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/09

McD untuk kalahkan Israel

"Kat sini aku nak khabarkan bahawa tindakan boikot kita telah mula menampakkan kesannya pada restoren McD.
Adik aku yang kerja kat situ telah mengesahkan yang jualan mereka merundum (walaupun masih boleh bertahan) sejak boikot ini dilancarkan.
Walaupun aku mungkin berhadapan dengan masalah adik aku hilang pekerjaan jika McD gulung tikar, tapi aku janji kat diri aku sendiri aku akan tolong dia.
Jadi teruskan tindakan boikot ini sebab saudara kita di PALESTIN lebih memerlukan pertolongan kita.
INGAT!!!!!!!!!!!!
KITA BOLEH MEMBANTU SAUDARA KITA DISANA DENGAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN SESENPUN PADA SYARIKAT ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

"Lama juga untuk memikirkan cara-cara yang boleh kita ambil untuk membantu mengalahkan atau sekurangnya melemahkan Israel .
Ada yang mencadangkan agar kita boikot barangan Amerika dan barangan Israel kesemuanya tetapi terbukti bahawa senarai barangan tersebut terlampau banyak!
Akhirnya, masing-masing berasa susah nak boikot dan rancangan boikot akhirnya gagal dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selepas berfikir agak lama, satu kaedah yang menarik dalam melumpuhkan dan merugikan Israel . Mari kita lihat Formula ini dan amalkan bersama!

Kita tolak ke tepi dulu fahaman politik dalam isu ini. Mari kita semua bersama-sama sepakat dalam isu ini agar Israel terasa tempias dan kesannya.
Boikot gagal kerana terlalu banyak barangan yang ingin di boikot SECARA SERENTAK.

Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald.
Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari.
Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan...

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej.
Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini.
Warwarkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

dimulakan oleh
NUR SAKINAH HASSAN (USM)