dengarlah kisah ini buat sekian kali........pasti ada air jernih mengalir di pipi mu....~Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahunlebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai saputanganyang menjadikeperluan anak gadis ketika itu. Aku ambil 50 sendari poket seluarayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayahmemanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.Aku menggeletarmelihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singalapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungantajam mata ayah.Kedua-dua kami membisu, cuma tundukmemandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!"sambung ayah sambil mengangkat tangan untukmelepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengankedua-dua belahtangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepasmengungkapkan kata-kata itu, hayunan danbalunansilih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau peritmenahan sakit, setitis pun air mata adik taktumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai,ayah merungut: "Kamu sudah mula belajarmencuri dirumah sendiri.Apakah lagi perbuatan kamu yang akanmemalukanayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepasmendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balarcuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitanyang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu. Aku meraung sekuat hati,kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-duabelahtangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampumembela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasahkerana mempertahankan aku bagaikan barusemalamberlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolahberasramapenuh dan aku pula ditawarkan menyambungpelajaranke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampuminyaktanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengarayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlangdalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibuteresak-esak."Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya.Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatankain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudianwajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialahmenutupmuka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah.Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganyakeluar daripada kemiskinan," aku memujuk adiktatkala menyapu minyak pada pipinya yangbengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adiktiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai bajulusuhyang dia ada.Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapatsehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannyamudah.Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung.Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.Begitu juga emak yang menggunakan air matanyamemujukayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, temansebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggukaukat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik.Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaiancomotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yangdatang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlahpakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalaumerekatahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyutmendengarkanjawapannya.Aku cukup tersentuh.Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simenpada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak.Aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lainkata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambutberbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambilberkata, "Kak,saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni,sayabeli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Akurangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yangtak dapat ditahan-tahan.Tamat semester.Aku pulang ke kampung sementara menunggukonvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, takseperti selalu."Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkanrumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin.Habis tangannyaluka-luka."Aku menerpa ke biliknya.Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa lukapada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruhkontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh sepertihujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikanusaha saya untukbekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatanpengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata oranglain?" kata adik."Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerjadengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata kumemujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas,cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagaipetani setelahayah tiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadissekampung,juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yangpaling andasayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakaksaya...."katanya lantas menceritakan suatu kisahyang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiapharikami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihatsaya hanya memakai kasut sebelah, kakakmembukakasutnya dan memberikannya pada saya. Diaberjalandengan sebelah kasut.Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarahsebabtertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaankakaksaya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampaibila-bila."Sebaik adik tamat bercerita.Aku meluru ke pelamin, mendakap adiksungguh-sungguh sambil meraung bagaikandiseranghisteria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment