Wednesday, August 13, 2008
Kesan Zikir terhadap Otak Manusia
Kesan Zikir Terhadap Otak ManusiaOtak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulansaraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentubagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 jutasaraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuhyang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmuyang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrikyang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangikalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yangterlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliranbio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikirdisebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktifdan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan sarafyang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turutsama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otakmula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dansemakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hatiuntuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalammajalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yangdilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melaluiujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secaratidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senaraiperkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebutsatu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yangberkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapabahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasukdi bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yangsama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan laindan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan barudiberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasanpertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataanyang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkankecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemuimukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya danmenerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang entengkepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment