muslimin muslimat rahimakumullah.
Firman Allah SWT yang bererti:
“Tidak adalah kejadian kiamat itu melainkan seperti sekelip mata atau lebih cepat lagi”.
Surah an-Nahl:77
Pengajaran ayat:
Manusia akan dibangkitkan semula selepas mati. Kita hendaklahmempercayainya kerana ia adalah salah satu rukun iman.
Di sana manusia akan masuk kealam Barzakh, adanya soal Munkar dan Nakir, kebangkitan, padang mahsyar, syafaat Nabi saw, hisab, timbangan, titian Sirathal-Mustaqim, pahala dan dosa serta syurga dan neraka.
Hari qiamat akan berlaku di dalam keadaan tiba-tiba dan Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tentang masa ketibaannya.
Kita hendaklah beramal dengan al-Qur`an dan al-Sunnah saw untuk bekalan hari kemudian.
Selamat beramal dan menyampaikan.
Salam hormat PPIPUNITEN.
“YA ALLAH, BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN BULAN SYA`BAN SERTA SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADAN”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment