Sunday, September 7, 2008
temubual saiful dengan wartawan
Sesi soalan jawabWartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.Wartawan: Ke mana hilang selama ini?Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melaksanakan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?Mohd Saiful: Ya, pertama kali.Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini… saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan polis tersebut.Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.Video angkat sumpah ditayangkan.Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment