Monday, October 6, 2008

Golongan miskin dan anak yatim kini jadi sasaran

Bukan sahaja di HKL di HB Ipoh pun perkara yang sama berlaku. Kumpulan ini akan menghampiri pesakit yang tidak ada pelawat. Di samping tutur kata yang manis mereka juga membawa buah tangan pelbagai rupa. Setiap petang kumpulan ini datang bertanya khabar, latarbelakang dan masalah pesakit. Mereka akan beredar sebaik sahaja kaum keluarga atau pelawat pesakit datang. Saya tersentuh dengan kempen yang sedang dijalankan oleh rumah anak-anak yatim Nur Hikmah (www.nurhikmah.org.my) . Ingin saya komen sikit tentang sikap orang kita yang MELAYU dan ISLAM. Saya berada di Hospital KL sejak dua minggu lepas kerana menjaga ibu saya yang terlantar disana. Setiap petang ahad terdapat sekumpulan rakyat malaysia terdiri dari bangsa melayu dan juga bangsa asing yang datang melawat kekatil-katil pesakit. Mereka membawa hadiah-hadiah didalam kotak-kotak kecil dan juga minuman botol. Dari gaya dan penampilan mereka, saya boleh agak yang mereka ini dari kumpulan pendakwah kristian. Mereka menghampiri katil-katil pesakit dengan senyum dan kata-kata nasihat yang sangat manis. Menawarkan bantuan dan memberikan nombor untuk dihubungi apabila keluar dari hospital nanti. Tumpuan mereka ialah pada wad-wad kelas bawah yang dihuni oleh golongan miskin dan tidak mampu. Itulah taktik mereka. Menghulur bantuan memberi nasihat dan semangat. Agaknya jika yang tengah nazak dan kesempitan tentunya akan menurut apa saja seruan mereka. Sepanjang tempoh berada di HKL itu juga, tidak pernah saya terserempak dengan orang-orang Islam kita yang datang bagi tujuan tersebut. Saya tertanya-tanya dimanakah NGO, badan-badan amal, agensi kerajaan yang bertanggung jawab keatas kebajikan dan dakwah serta individu yang cakap berdegar-degar tentang isu murtad dan gejala sosial ?. Mengapakah tiada usaha yang sedemikian ? Juga, dari email yang saya terima (spam) saban hari, ramai orang melayu (islam) yang menawarkan pendapatan ratusan ribu malah berjuta melalui skim cepat kaya, e-biz, sms portal dan lain-lain lagi. Siap dengan gambar cek yang diterima mereka yang berjumlah ratusan ribu. Tapi bila sesuatu badan (saya mengambil contoh Sahabat Interaktif Malaysia - SIM) ingin mengadakan aktiviti untuk rumah anak-anak yatim Nurhikmah, kenapa harus meminta-minta ? Tiadakah diantara yang kaya raya dengan skim tadi dapat membantu rumah-rumah anak-anak yatim tadi, tanpa perlu lagi kita meminta-minta ? Jika semakin ramai anak-anak melayu yang dimurtadkan... jangan sentiasa nak salahkan pihak lain. Jika pendakwah kristian mengambil alih rumah-rumah kebajikan, jangan nak mengamuk nak bakar itu ini. Salahkan diri sendiri kerana tak berusaha mengatasi dan membantu kesulitan dan kesusahan sesama ummah. Wasalam MINTA SEBARKAN EMAIL INI BAGI MENYEDARKAN ORANG-ORANG KITA YANG MASIH TIDOR NYENYAK

No comments: