Saya memiliki Perodua Viva 1.0 Auto dan sedang menimbangkan untuk memiliki Proton Persona sebagai kereta kedua untuk perjalanan jauh dan keluarga. Mohon pandangan Boji mengenai model ini dan mungkin boleh juga berikan ulasan untuk model lain yang seumpamanya, mungkin Toyota Vios.
Amy Lisa, Putrajaya
* Maklumat-maklumat yang diberikan berikut adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari majalah-majalah dan forum-forum automotif dan bukan maklumat rasmi dari pengeluar kenderaan.
A:Proton Persona merupakan sebuah model Proton yang dibina berasaskan model Gen.2 dan ianya dikatakan diadun dengan cadangan-cadangan bernas dari pengguna jenama nasional ini. Selain memiliki gaya sporty dari Gen.2, Persona memberikan lebih nilai kepada pengguna dengan ciri-ciri praktikal yang tidak terdapat pada Gen.2 seperti glovebox (kotak simpanan pada dashboard), lubang kunci pada boot (pengguna model Gen.2 terpaksa masuk dahulu ke dalam kereta untuk menarik tuil pembuka boot), ketinggian kerusi pemandu yang lebih ideal dan kerusi penumpang hadapan dengan pengalas kepala yang boleh dilaras ketinggian (seperti kereta-kereta normal –Gen.2 tidak mempunyai pilihan ini =P ).
Pada harga RM55,000.00 bagi spesifikasi Hi-Line, model ini juga menjadi model sedan paling mampu dimiliki di Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif seperti sistem brek ABS serta EBD dan beg udara SRS.
Kelebihan Persona terletak pada beberapa faktor seperti berikut:
1. Ride & Handling(R&H):suspensi talaan Lotus, setaraf model-model Eropah yang lebih baik. Ia memberikan kelebihan dalam aspek-aspek berikut:
a. Kemampuan untuk mengambil selekoh dengan baik pada kelajuan tinggi; dan
b. Kebolehan untuk menyerap gegaran-gegaran kecil untuk keselesaan optimum.
Beberapa kenalan yang memandu Honda Civic tahun 2002 dan BMW 3 siri tahun 98 mengakui model-model Proton seperti Waja dan Persona mempunyai tahap ride & handling yang lebih baik dari kereta mereka.
2. Ruang simpanan barang yang besar.See it to believe it! Persona mempunyai saiz ruang bagasi yang hampir sama atau lebih luas daripada beberapa model kereta yang lebih besar daripadanya!!
3. Harga yang berpatutan.RM45k-RM55k = *RM510.00 - RM623.34 sebulan!!**( 10% bayaran muka, 4% keuntungan bank / faedah pinjaman dan pembiayaan 9 tahun)
.
Kelemahan yang sering dikemukakan oleh pemilik-pemilik Persona adalah seperti berikut:
Kelemahan yang sering dikemukakan oleh pemilik-pemilik Persona adalah seperti berikut:
1. Masalah-masalah kecil seperti kerosakan tingkap kuasa (power window).Menurut mekanik, masalah ini boleh diatasi dengan memastikan tingkap ditutup penuh sebelum menutup pintu.
2. Enjin CamPro yang kurang ekonomikal.Enjin CamPro IAFM yang dipasang pada model
Persona merupakan model asal CamPro dengan sedikit penambahbaikan IAFM. Ianya berbeza dengan enjin CamPro CPS yang lebih berkuasa dan lebih ekonomikal sebagaimana yang dipasang pada model baru Waja CPS dan menjadi opsyen bagi model Gen.2 CPS. Karekter yang dimiliki oleh enjin Persona ini memerlukan pemandu lebih banyak bersabar dan tidak menekan minyak dengan kuat semasa memandu supaya penggunaan minyak dapat dijimatkan.Apalah salahnya, pandu Persona anda dengan tenang dan nikmati keselesaannya suspensinya =) Berita baiknya, Proton akan mengeluarkan model Waja, Persona dan Saga yang telah siap dipasang dengan kit NGV berdasarkan permintaan pengguna.Bermakna, pemilik tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk memasang kit NGV dan kos pemasangan ini boleh diserapkan sekali dalam bayaran ansuran bulanan.Kualiti pemasangan kit juga lebih terjamin kerana ianya dipasangkan siap dari kilang.
Model-model lain?
Beberapa model kereta yang lain telah dikenalpasti dapat dijadikan pilihan sekiranya anda sedang membuat pertimbangan untuk membeli Persona; antaranya Proton Waja, Proton Gen.2, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios, Nissan Latio, Nissan Sentra, Hyundai Accent dan Kia Spectra.
Model-model lain?
Beberapa model kereta yang lain telah dikenalpasti dapat dijadikan pilihan sekiranya anda sedang membuat pertimbangan untuk membeli Persona; antaranya Proton Waja, Proton Gen.2, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios, Nissan Latio, Nissan Sentra, Hyundai Accent dan Kia Spectra.
1 comment:
Salam. Mohon dikreditkan atau dinyatakan sumber artikel tersebut (Nak Beli Proton Persona) dari laman web www.drosegarden.com. Artikel tersebut telah ditulis oleh penulis khas untuk laman web kami -drosegarden.com
Post a Comment