Selamat pagi semua, aku baru sampai opis jer ni, tapi opis kosong lagi, macam biasa aa… dorang datang lambat sket… aku jer ngengada datang awal… bukan apa… pepagi ni sejuk sket… takder aaa panas sangat… kang dah petang sket…. mula aa kepanasan… huhuhu… so apa jer tips kesihatan kita hari ini?
So macam tajuk entri kita arini… tips hari ini, adalah macam mana kita boleh menurunkan berat badan tanpa berlapar dan dahaga. hehehe… Program ni memang dah terbukti berkesan dan aku lerh jamin sendiri sebab pernah cuba dulu, walaupun skangni dah lama aku tak amalkan… kekeke… nak kena start balek nampaknya.
So basically program ni adalah diet program dengan tidak mengambil carbohidrate dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni takder aa ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya… so kita kena aa buang air yang berlebihan.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena aa minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa laa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehidrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.
Time aku dok ikut program ni, aku minum lebih kurang 1-2 liter air kosong dalam sejam, ikut tempat aa… sebab takkan kalau kuar jejalan jejauh, nak bawa air dua tiga tangki, penat aa plaks kan… tapi kalau lerh bawa okay gak. So itu yang pertama, perkara paling penting yang kita kena buat.
Kemudian kita pergi kepada pemakanan, secara dasarnya kita kurangkan pengambilan karbohidrat. Mungkin ramai tak setuju dengan benda ni, tapi ini adalah salah satu program diet yang berada di pasaran… hehehe… so nak ikut atau tak terpulang. So basically kita akan lebih banyak ambil daging dan sumber² protein. Tapi masih kurangkan gula.
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah²an. Namun kita perlu ingat, buah²an berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. So secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah²an adalah menyeksa diri.. sebab kita akan lapar… huhuhu…
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakananan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tghari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja² seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tghari dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk tetiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tghari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau lerh buang aa kulit tu erk… tak sehat… kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber² vitamin dari sayuran atau buah²an.Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. So kena elakkan. Kalau taklerh nak berhenti, kurangkan laa tabiat meminum minuman ini. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. Makanlaa sup sayur atau benda² yang tidak terlalu berat mengikut citarasa masing².
Kepada penggemar² kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak amek gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah²an, dan pelbagai lagi.So secara dasarnya macam tu aaa… so ringkasan dalam bentuk senarai untuk memudahkan sesiapa yang ingin menggunakan program ini.
-Minum air kosong dengan banyak
-Kurangkan pengambilan carbohidrat
-kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain²
Secara dasarnya itu jer yang kita perlukan. InsyaAllah akan turun laa berat badan tu nanti.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, berjogging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Kegiatan suka window shopping juga boleh dijadikan riadah kerana kita akan berjalan ke sana ke sini. So kepada mereka² yang suka bershopping tu, bolehlah jadikannya sebagai riadah secara tak langsung. hehehe…
Program diet ini aku belajar daripada seorang Dietian dari Amerika. Dia ajar aku macam mana nak lakukan program ini kira² 2 tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang memerlukan panduan terperinci untuk individu, sila hubungi aku, nanti aku sediakan program untuk kesesuaian aktiviti harian korang. Jangan risau, aku kongsi percuma jer… tak perlu bayar memahal macam kalau gi program² lain tu… hehehe…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment