KARBURETOR dianggap sebagai satu daripada komponen penting yang menentukan keadaan sesuatu enjin itu bertahan lama atau sebaliknya.
Komponen berkenaan itu juga menjadi satu-satunya bahagian yang membolehkan sebarang bendasing masuk terus ke dalam ruang enjin.
Sekiranya tiada penapis atau kotak angin ditebuk, habuk dan kotoran akan disedut ke dalam karburetor, seterusnya masuk ke dalam kebuk pembakaran.
Perkara itu akan menyebabkan kehausan pada dinding silinder dan gelang piston.
Kerosakan bakal menjadi lebih teruk terhadap enjin dua lejang kerana campuran bendasing dengan minyak pelincir 2T membentuk bahan likat yang melekat pada dinding piston yang tidak akan ditolak keluar oleh ekzos.
Oleh itu, kepentingan penapis udara pada apa apa jentera pembakaran dalaman tidak harus diperkecilkan sama sekali.
Kemasukan habuk melalui kotak udara dibuktikan boleh menyumbang sehingga 40 peratus daripada faktor kerosakan enjin.
Seelok-eloknya, pemilik motosikal tidak digalak menebuk lubang pada karburetor, sebaliknya gunakan penapis udara berkualiti.
Untuk mendapatkan imbangan udara yang baik ke dalam enjin, penggunaan penapis udara yang bersifat 'free-flow' seperti K&N.
Pastikan anda membeli produk asli kerana penapis udara tiruan tidak dapat memberikan prestasi menapis kotoran yang masuk terus ke dalam kebuk pembakaran.
Biasanya, penggunaan penapis udara itu (free-flow) memerlukan pemilik menggunakan minyak penapis yang perlu dibasahkan pada elemen penapis tadi.
Untuk penjagaan lebih baik, tidak salah kita melabur dengan harga yang tinggi berbanding menggunakan kreativiti seperti menebuk lubang sendiri, seterusnya memberi masalah pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment