KOTA KINABALU 15 April - Pembinaan markas dan dermaga yang menempatkan kapal selam pertama negara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya awal Jun ini.
Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, proses pembinaan projek itu kini di peringkat akhir.
"Kapal selam pertama akan tiba Julai ini, kita menjangkakan pada awal Mei atau selewat-lewatnya Jun ini pembinaan dermaga dan markas akan siap sepenuhnya.
"Jadi menjelang Julai ini kita sedia menerima kapal selam seterusnya beroperasi pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pangkalan TLDM Sepanggar dekat sini semalam.
Menurut Syed Zahiruddin, pada masa ini kelengkapan utama seperti jeti dan bangunan utama selain perumahan untuk kira-kira 200 pegawai dan anggota kapal selam telah siap sepenuhnya.
Dalam pada itu, katanya, pemilihan Pangkalan TLDM Sepanggar bagi menempatkan kapal selam negara merupakan satu penghormatan kepada pangkalan tersebut.
"Saya akan pastikan segala perancangan menyambut kapal selam pertama ini berjalan lancar dan pangkalan ini menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment