BETAPA penting tahap kesihatan oral di kalangan warga Malaysia? Dalam satu tinjauan awam baru-baru ini, sebilangan warga Malaysia daripada pelbagai julat usia dan latar belakang disoal mengenai perkara yang teratas dalam senarai keutamaan mereka.
Di antara kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh, perhubungan sosial, pencapaian peribadi dan kesihatan oral yang baik, 46.2 peratus daripada responden memberi keutamaan kepada kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh.
Di samping mengekalkan kecergasan serta kesihatan secara menyeluruh, perhubungan sosial serta pencapaian peribadi dan memiliki kesihatan oral yang baik juga sama penting.
Ini kerana kesihatan oral mungkin memberi kesan mendalam ke atas perhubungan sosial dan pencapaian peribadi seseorang. Maka, persoalannya adalah, di manakah kedudukan kesihatan oral di dalam senarai keutamaan kita?
Menurut jawapan daripada responden, kelihatan seolah-olah kesan kesihatan oral ke atas mata pencarian sering kali diketepikan. Kesihatan oral sama pentingnya seperti kesihatan umum badan. Menurut seorang usahawan, Sreejit Pillai, 40, bagi kebanyakan orang, gigi lebih bersifat fungsi dan bukan bersifat estetik.
"Bagi saya, jika anda mahu menilai kesihatan oral, karier, wang dan persahabatan, saya rasa saya tidak akan meletakkan kesihatan oral di tangga teratas," katanya.
Hubungkait yang mudah adalah ketiadaan kaviti dan memiliki senyuman sihat memberikan kita keyakinan apabila berinteraksi dengan orang lain, menikmati makanan dan kelihatan cantik apabila kita senyum. Untuk mencapai tahap kaviti sifar dan memiliki senyuman sihat, kita perlu menjaga gigi dan gusi kita dengan baik.
Kebanyakan orang berbangga dengan penampilan fizikal mereka dan lazimnya akan menjauhi mereka yang tidak mengamalkan kebersihan diri memandangkan ia bukan pilihan peribadi sesiapapun.
Oleh itu, mencapai kaviti sifar dan senyuman yang sihat akan memberi kesan langsung atau tidak langsung ke atas perhubungan sosial dan pencapaian peribadi seseorang, di mana tanggapan pertama memainkan peranan besar.
Tambahan pula, nafas berbau adalah simptom penyakit oral kerana bakteria yang mengakibatkan nafas berbau adalah sama dengan yang sedang menyerang gusi dan gigi anda.
Meskipun ramai orang mengamalkan penjagaan oral asas seperti memberus gigi dua kali sehari dan berkumur menggunakan ubat kumur mulut, banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kebersihan oral yang sihat.
Majoriti warga Malaysia mengamalkan kehidupan yang sibuk, khususnya mereka yang menetap di kota-kota metropolitan. Oleh itu, kita perlu meningkatkan usaha untuk menggalakkan rejimen kesihatan oral.
Mengamalkan tabiat kesihatan oral yang baik bukan sahaja membantu kita mengekalkan gaya hidup sihat, ia juga membina perhubungan sosial yang berkekalan di samping memberikan kita senyuman yang sentiasa menawan dan meyakinkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment