Monday, May 25, 2009

Gaya menakjubkan audio kereta

KEPERLUAN teknologi permainan muzik di dalam kenderaan kini ditawarkan dengan pelbagai kelebihan pada fungsinya di samping rekaan yang eksklusif.

Mengambil contoh alat permainan audio yang dibangunkan oleh Pioneer, kesemua modelnya untuk siri 2009 dilengkapi dengan sambungan USB, iPhone dan juga iPod untuk capaian muzik kegemaran dengan lebih pantas.

Menerusi sistem kawalan muzik sentuhan gelongsor, ia memberi kemudahan pemilihan permainan hiburan dalam pelbagai format.

Di samping itu, pengguna juga boleh mencipta sendiri rekaan kertas dinding kegemaran mereka menggunakan imej JPEG yang boleh dicapai daripada peranti USB dengan pilihan 112 warna untuk panel kekuncinya.

Menurut Pengurus Besar Pioneer Malaysia, Raymond Lee, pemandu sekarang mencari aplikasi permainan audio dengan akses kandungan media yang cepat dan mudah ketika memandu.

Untuk model AVH-P3150DVD dan AVH-P4150DVD, ia menawarkan fungsi yang mesra pengguna sementara model AVH-P3150DVD dan AVH-P4150DVD didatangkan dengan kawalan paparan antara muka grafik.

Kesemua model permainan audio kenderaan Pioneer itu kini ditawarkan pada lingkungan harga antara RM1,500 hingga RM2,400.

No comments: