Tuesday, May 5, 2009

Tingkatkan kefahaman kulit

Kini, di Kuala Lumpur, Clinique sekali lagi menjadi pelopor dengan pembukaan semula kaunter yang telah diubah suai di Pavilion Kuala Lumpur, sesuai dengan konsep suatu Pengalaman Baru (The New Experience).

Berkeluasan 558 meter persegi dan diserikan warna putih yang menggambarkan sentuhan dermatologika, Pengalaman Clinique memfokuskan interaksi di antara perunding Clinique dan pelanggan.

Untuk setiap sasaran jualan, perunding berpengalaman ditempatkan bagi khusus memastikan kaunter Clinique menyediakan maklumat dan mengadakan perbincangan terperinci bagi meningkatkan kefahaman mengenai kulit.

Pengubahsuaian semula kaunter yang digelar Pusat Diagnosis dilakukan bagi membolehkan pelanggan melihat lebih dekat lagi setiap produk Clinique.

Perunding dan pelanggan duduk bersama sambil diberikan penjelasan terperinci mengenai kulit dan produk yang sesuai digunakan. Sampel dan produk juga diletakkan separas mata supaya mudah dilihat dan dicapai. Justeru, ciri ini yang menarik pelanggan untuk singgah ke kaunter.

Paling penting, setiap perunding dilatih agar dapat menjalankan perundingan kulit secara lebih komprehensif. Selain itu, komputer Clinique, teknologi terkini dermatologika, digunakan pada Clinique Diagnostic Mirror.

Ia mula digunakan oleh pengasas dan pembimbing ahli dermatologi Clinique, Dr. Norman Orentreich. Peralatan ini memudahkan melihat masalah kulit pelanggan dan menentukan sama ada pelanggan berkulit kering, berminyak, pembesaran pori, masalah garis penuaan, warna kulit tidak sekata atau jerawat.

Kini, semua perunding Clinique dilengkapi pengetahuan mengenai penggunaan Mirror di kala sesi rundingan bersama pelanggan serta bagaimana mengatasi kulit bermasalah. Diagnostic Mirror membolehkan perunding melihat dengan lebih jelas masalah kulit pelanggan menerusi cermin pembesar manakala pelanggan melihat pantulan wajah mereka pada cermin biasa -- membolehkan komunikasi dua hala diadakan serentak.

Perunding akan berkongsi pengetahuan dengan pelanggan mengenai kulit mereka selain menyediakan maklumat peribadi secara interaktif untuk penilaian.

Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong berkata, pengalaman baru Clinique di Pavilion menunjukkan peningkatan penerimaan Clinique. Diilhamkan di New York, di Pavilion adalah yang terbaru di Asia Tenggara.

Sharyn memberitahu, ini merupakan saat terbaik Clinique meningkatkan pendekatan kepada pelanggan - sebagai satu jenama.

pengalaman

"Kami meraikan sejarah dermatologika dan menumpukan semula tujuan kami menyediakan perundingan kulit terbaik untuk lelaki dan wanita. Kami memahami, perkhidmatan sebegini yang dikehendaki pelanggan," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pengenalan pengalaman baru ini, pada awal tahun lepas, Clinique melancarkan program pentauliahan bagi meningkatkan pengetahuan perundingnya mengenai kulit pada satu tahap yang lebih baik. Dikenali sebagai Accreditation Programme.

Tiga peringkat kurikulum telah direka hasil kerjasama dengan Weil Cornell Medical College dan Orentreich Medical Group, New York.

Setiap perunding Clinique perlu melengkapkan Accredited Consultant Level 1, yang mengajar mereka mengenai asas psikologi kulit, sistem penghantaran dan cadangan produk berasaskan jenis kulit dan keperluan.

Selepas menamatkan program Level 2 dan 3, perunding Clinique juga boleh membantu menganjurkan bengkel untuk pelanggan dermatologi. Program Clinique Accreditation sebenarnya bagi melebarkan peluang kerjaya perunding sambil lebih memahami mengenai kulit.

Pengalaman Clinique (The Clinique Experience) merupakan inisiatif Clinique secara global dan menyentuh setiap aspek perniagaan - daripada rekaan dan penjualan hinggalah pendidikan - Clinique sentiasa mengutamakan yang terbaik untuk kulit dan ini salah satu cara inovatif dan berbeza untuk pelanggan setia Clinique.

No comments: