PULAU PINANG 8 Jun - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.''Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.Beliau mengulas cadangan Dewan Pemuda Pas supaya elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan.Aspek penjimatan wang kerajaan, kata Shahrir, telah dimulakan oleh menteri-menteri sebelum ini lagi malah beliau sendiri telah mengarahkan supaya perbelanjaan untuk acara-acara yang dianjurkan oleh kementeriannya dikurangkan.''Sebelum ini pun, kalau majlis sendiri (kementeriannya) kita tidak perlu bagi cenderamata kepada menteri. Buat sederhana sahaja selain mengurangkan seminar dan perjalanan dalam usaha berjimat cermat," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mencari kaedah terbaik dalam menghadapi kenaikan harga ayam di pasaran.Antara yang dikaji, katanya, ialah untuk memansuhkan harga siling ayam dan bercadang untuk mengeksport ayam ke luar negara.Mengulas usaha untuk mengawal selia dan memantau syarikat besar di negara ini, Shahrir berkata, kerajaan akan mewujudkan satu akta baru dalam usaha menggalakkan amalan perdagangan yang sihat dan adil.''Kita mungkin berdepan dengan keadaan monopoli dan amalan perdagangan yang kurang sihat dan tidak beretika, ini boleh membantutkan persaingan.''Justeru akta ini digubal untuk mewujudkan satu suasana ekonomi yang terbuka dan bersaing," katanya.
sekurang-kurangnya rakyat boleh nampak yang para menteri ini RELA BERKORBAN untuk berkongsi penderitaan rakyat .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment