Wednesday, June 11, 2008

Setelah PM, kini DBKL pula 'tikam rakyat'

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) -Nampaknya bukan sahaja pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tempohari telah 'menikam rakyat' secara berdepan dengan pengumuman kenaikan harga minyak, tetapi semalam Dewan Bendaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menambahkan luka tikaman dengan menaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus.Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab Hakim Borhan pihak DBKL akan melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang."Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.Katanya melalui sistem baru itu tiada pengecualian diberikan apabila pemilik kenderaan juga dikehendaki membayar caj letak kereta pada setiap cuti umum.Ab Hakim berkata buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.Menurutnya kerja-kerja penggantian meter letak kereta di kawasan itu telah dan sedang dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan bermula Isnin ini di kawasan berkenaan.Katanya kerja-kerja penggantian meter lama ke SLKE di kawasan lain akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang Ogos ini."DBKL menjangkakan sistem baru ini berkonsepkan 'cepat dan mesra pengguna' ini tidak akan memberi kejutan yang besar kepada pengguna,"katanya.Beliau berkata, SLKE terdiri sistem elektronik berkonsepkan 'bayar dan peraga' adalah baik kerana membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada mahu membayar secara tunai dengan menggunakan syiling atau pembayaran secara kredit dengan menggunakan Mykad atau kad bank yang mempunyai aplikasi MEPS."Dengan penggunaan aplikasi ini, pembayaran akan menjadi lebih mudah,"katanya.Katanya, meter baru itu dapat mengelakkan berlakunya vandalisme terhadap mesin malah menggunakan tenaga solar untuk berfungsi pada waktu siang dan mengggunakan bateri pada waktu malam.Katanya masa maksimum bagi setiap tempat letak kereta adalah tiga jam dan pengguna perlu membuat bayaran semula selepas itu.Ab Hakim berkata sebanyak 50 kakitangan penguatkuasaan ditugaskan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem baru itu. - mks._

No comments: