Tuesday, June 24, 2008

Kedah berkeras mau tebang balak kawasan tadahan hujan

ALOR STAR 22 Jun – Kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri ini meskipun pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang meminta cadangan itu dikaji semula.Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak bagaimanapun memberi jaminan pembalakan di kawasan tersebut tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.Katanya, penuaian balak akan dijalankan secara teratur dan sistematik seperti 'mencabut uban di celah-celah rambut' iaitu hanya pokok tua yang akan ditebang, melibatkan tiga hingga empat batang bagi setiap hektar.''Mungkin sesetengah orang akan menganggap kita mahu menggondol hutan tetapi kita tidak akan buat macam itu. Kalau kita tebang, kita akan pastikan bahawa alam sekitar tidak terjejas,'' katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ceramah Perdana Sempena Enam Tahun Pemergian Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Aman, Batu 14, Pokok Sena dekat sini malam tadi. Turut memberi ceramah ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments: