untuk orang kuala lumpur:
12 julai 2008Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap dapat menghimpun 100,000 orang untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini."Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat..."Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak.Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol naik 78 sen atau 41 peratus kepada RM2.70 manakala harga diesel naik RM1 atau 63.3 peratus kepada RM2.58.Kenaikan harga minyak itu adalah antara langkah drastik kerajaan untuk menangani kenaikan subsidi minyak, yang dijangka mencecah RM56 bilion tahun ini.Selepas membuat pengumuman tersebut, Abdullah berharap rakyat Malaysia tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga bahan api itu.sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/83994
untuk orang utara: 7 jun 2008Kepala Batas, 5 Jun - Satu himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak akan diadakan di Plaza Tol Sungai Dua Butterworth pada hari sabtu 07 jun 2008 jam 5:00 petang hujung minggu ini.Himpunan aman ekoran kenaikan harga minyak yang paling buruk dalam sejarah malaysia.Orang ramai tidak perlu bimbang untuk membuat bantahan aman kerana kita menuntut hak kita sebagai pembayar cukai. Setiap tahun kita membayar cukai, saman dan banyak lagi beban yang kita tanggung selama ini.Ayuh rakyat yang berada di negeri sebelah utara semenanjung (kedah, perlis, penang, perak).Harus hadir beramai ramai kehimpunan protes kenaikan harga minyak di Plaza Tol Sg Dua Butterworth pada hari sabtu ini jam 5 petang.Diharap bawa sepanduk tanda protes. Selepas ini kita akan berhimpun pulak di Kepala Batas hadapan rumah Perdana Menteri Malaysia pula.sumber:
http://pas.org.my/index.php?option=c...59&Ite mid=32
perhimpunan selepas sembahyang jumaat 6 jun 2008
No comments:
Post a Comment