Tuesday, June 24, 2008
Atlet negara menang emas Olimpik dapat RM1 juta
KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar.Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.“Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini.Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas di temasya Olimpik. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment