Tuesday, June 3, 2008
Denmark kena ‘serang’ - Dipercayai ada kaitan dengan kartun Nabi Muhammad
ISLAMABAD - Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen semalam menyatakan kejadian letupan bom kereta di luar kedutaannya di Islamabad, Pakistan sebagai satu serangan terhadap negaranya tetapi menegaskan pihaknya tidak akan mengubah dasar luar hanya kerana serangan berkenaan.Dalam kejadian letupan itu, lapan orang terbunuh manakala 30 lagi cedera manakala sebuah kawah besar terbentuk di luar bangunan kedutaan.Bangunaan kedutaan itu turut mengalami kerosakan.Sebelum ini para pegawai perisikan memberi amaran bahawa satu ancaman ganas akan berlaku selepas akhbar-akhbar di Denmark menyiarkan semula kartun Nabi Muhammad s.a.w memakai serban berbentuk bom pada 13 Februari lalu.Gambar itu merupakan salah satu daripada 12 kartun yang mencetuskan rusuhan di dunia Islam pada 2006.Dua tahun lalu, perusuh-perusuh menyerang kedutaan Denmark di Lebanon, Syria dan Iran bagi membantah penyiaran kartun Nabi Muhammad s.a.w.Setakat ini, Menteri Luar Denmark, Per Stig Moeller menyatakan kerajaannya tidak mengetahui siapa yang mendalangi kejadian letupan tersebut tetapi menjalin kerjasama dengan para pegawai Pakistan untuk mengetahui pihak yang bertanggungjawab.Beberapa kenderaan turut musnah akibat kuasa ledakan malah ada beberapa kereta yang turut terbakar."Ia merupakan serangan berani mati yang dilancarkan dengan menggunakan sebuah kenderaan dan ia disasarkan terhadap kedutaan Denmark," kata seorang pegawai keselamatan kanan Pakistan.Sumber kedutaan berkata, Denmark kini mengurangkan fungsi kedutaannya dengan memindahkan kebanyakan kakitangan luar negara sejak beberapa bulan lalu setelah menerima ancaman berhubung penyiaran karikatur Nabi Muhammad di Denmark pada Februari lalu. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment