Sunday, June 22, 2008
Kerajaan tidak pernah pinggirkan pembangkang
KANGAR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan pihak pembangkang sebaliknya diberi peluang menikmati kemudahan yang disediakan melalui pelbagai program pembangunan, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.Sehubungan itu, beliau berharap jabatan dan agensi yang mempunyai tanggungjawab khusus terhadap masyarakat termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya tidak bersikap pilih kasih terutama dalam menyalurkan bantuan.Sebagai contoh, beliau berkata, bantuan kepada pelajar miskin bagi meneruskan pelajaran menjadi satu keutamaan meskipun ibu bapa mereka adalah anggota parti pembangkang.“Jangan fikirkan perbedaan politik tapi kena fikir masa depan anak yang perlu dibantu untuk belajar,” katanya berucap pada majlis gotong-royong anjuran Kemas di Kampung Ujong Bukit, dekat sini hari ini.Md Isa juga berharap anggota Kemas sentiasa berusaha membantu merapatkan hubungan antara masyarakat yang berbeda fahaman politik.Sempena majlis itu, beliau juga merasmikan air terjun buatan manusia di Bukit Wang Padang yang diusahakan Kemas.Air terjun setinggi lebih 10 meter itu dibina secara kreatif dengan kos hanya kira-kira RM20,000 dan ia adalah antara tarikan terbaru di kampung tradisional itu.Beliau turut menyampaikan hadiah kewangan dan projek kepada kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang berdaya maju.GDW Kampung Seri Aman, Padang Besar muncul juara GDW contoh dengan memenangi hadiah kewangan sebanya RM10,000 dan hadiah projek ekonomi bernilai RM40,000.Tempat kedua dimenangi GDW Padang Besar Selatan dengan hadiah bernilai RM8,000 dan projek ekonomi bernilai RM35,000 manakala GDW Wang Besar menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM6,000 dan projek ekonomi bernilai RM30,000.Lebih 300 anggota Kemas seluruh Perlis menyertai gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan perkampungan yang berlanskapkan bukit-bukau dan sawah padi yang terletak di kawasan Bintong itu. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment