Monday, June 16, 2008

Batalkan hasrat hijrah ke bandar

PUTRAJAYA 16 Jun – Anak muda terutama ribuan lepasan sekolah pada penghujung tahun ini yang berhasrat berhijrah ke bandar-bandar besar dinasihatkan membatalkan niat mereka berikutan keadaan kos hidup yang semakin meruncing pada masa ini.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, saban tahun kebiasaannya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan menyaksikan kebanjiran ‘peneroka bandar’ tetapi kali ini pihaknya berharap mereka melupakan sahaja hasrat untuk berbuat demikian.Sebaliknya, kata beliau, adalah lebih baik golongan muda ini menumpukan usaha membangunkan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar terutama dengan menyertai bidang keusahawanan, penternakan dan penanaman bahan makanan.‘‘Saya berharap kepada anak-anak muda yang berniat berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari rezeki supaya melupakan hasrat mereka sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun ini.‘‘Adalah lebih baik tumpukan usaha menghasilkan penternakan dan bahan makanan di luar bandar.‘‘Pihak kementerian menerusi rancangan Ekonomi Desa (ED) menyediakan pinjaman antara RM20,000 hingga RM500,000 kepada mereka yang berminat sebagai usahawan, tidak kiralah sama ada hendak menternak kambing, ikan sembilang dan apa jua kegiatan ekonomi desa, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan lebih seminggu lalu mengakibatkan rakyat negara ini terutama di bandar-bandar berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Betul tu UMNO memerlukan anak-anak muda terus duduk di kampung supaya tak terdedah dengan sumber maklumat media IT so mudah ler UMNO hantar cikgu KEMAS masuk kampung pujuk undi depa dalam PRU13 nanti.

No comments: