Sunday, June 22, 2008
Termakan umpan
KUALA LUMPUR: Kerana teruja untuk menjadi cepat kaya, dua pelabur kerugian hampir RM80,000 apabila syarikat yang memungut duit mereka untuk menyertai satu skim francais tidak menunaikan janji dan sering mengelak setiap kali dihubungi.Mangsa turut mendakwa, wakil syarikat terbabit menggunakan ‘psikologi’ untuk mengumpan mereka supaya mengeluarkan modal RM40,000 setiap seorang sebagai permulaan skim pelaburan itu.Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Roslan berkata, menerusi skim itu setiap pelabur dijanjikan tapak dan mesin yang menyediakan khidmat menjual air suling dan kad prabayar isian semula di lokasi strategik.Antara lokasi yang dijanjikan termasuk institusi pengajian tinggi, hospital, pusat beli-belah dan kawasan tumpuan orang ramai.Dengan dijanjikan pulangan mencecah RM3,000 setiap bulan, tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat terbabit, dia terus tertarik dan membuat pembayaran awal RM36,000 kepada wakil syarikat berkenaan.“Rugi kalau tidak masuk sekarang, sebab hari ini harga murah dan bukan senang untuk dapat tapak yang boleh bagi pulangan lumayan macam ini.” Demikian antara kata-kata wakil syarikat ketika pertemuan kali pertama kami di pejabatnya.Roslan berkata, wakil syarikat itu juga pandai ‘berlakon’ dan bila dia meminta menurunkan harga tapak dia berpura-pura pergi berjumpa pengurus dan kembali semula dengan mengatakan mangsa bertuah kerana permintaannya diluluskan, menyebabkan dia benar-benar percaya skim itu.Sementara itu, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Aida berkata, wakil syarikat terbabit juga kerap memberi alasan ketika dihubungi menyebabkan dia hilang keyakinan dengan skim itu dan kini menuntut wang yang dilaburkan sebanyak RM40,000 dipulangkan selepas penat menunggu sejak empat bulan lalu.“Ketika ditanya bila saya dapat tapak untuk pasang mesin, mereka memberi alasan ia belum mendapat kelulusan. Selepas beberapa bulan wakil syarikat menghubungi saya dan beritahu tapak yang saya minta diluluskan.“Bagaimanapun, hari berikutnya wakil itu menghubungi saya dan memberitahu tapak yang dipohon itu diserahkan kepada pelabur yang menunggu lebih lama daripada saya, jadi kena tunggu untuk dapat tapak lain,” katanya.Bagaimanapun, menurut sumber dalaman syarikat terbabit yang beroperasi di ibu kota, syarikat berkenaan dipercayai akan menamatkan operasinya tidak lama lagi.Syarikat itu juga dikatakan ada beberapa lagi anak syarikat lain menggunakan nama berbeza dengan menyewa ruang pejabat di bangunan dan aras berlainan dipercayai untuk mengelirukan bakal pelabur.Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi mengenai keengganan syarikat memulangkan wang mereka serta bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan mangsa.“Kerjasama beberapa agensi berkaitan lain seperti Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) juga diperlukan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.ada lagi yang tak tau rupanya.Tapi apa nak hairan kan isu gores dan menang pun dah bertahun masuk paper ada juga yang jadi mangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment