Tuesday, June 3, 2008

Harga Minyak Naik Hari Rabu!

KUALA LUMPUR 2 Jun - Pelan penstrukturan semula subsidi minyak yang akan diumumkan Rabu ini dijangka berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri berkata, sehubungan itu Jawatankuasa Menangani Inflasi akan membuat semakan terakhir ke atas cadangan-cadangan yang dikemukakan.''Kerajaan akan memilih pelan yang terbaik untuk rakyat. Pengumuman yang akan dibuat Rabu ini perlu dikuatkuasakan serta-merta. -OK PAK LAH...KAMI RAKYAT NAK TENGOK PELAN TERBAIK KAU TU"Kalau tidak akan timbul banyak spekulasi,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelan penstrukturan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Abdullah menjelaskan, pelan subsidi minyak berkenaan sepatutnya diumumkan Jumaat lalu namun terdapat anggota jemaah menteri berada di luar negara.Ditanya sama ada pelan subsidi minyak yang akan diumumkan Rabu ini akan turut melibatkan harga minyak kelapa sawit, Perdana Menteri berkata: ''Tunggulah hari Rabu nanti.'' Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang membayangkan harga petrol dan diesel akan naik Ogos depan, Perdana Menteri berkata, berkemungkinan perkara itu berlaku pada Ogos.Kerajaan baru-baru ini memutuskan untuk mengkaji semula sistem subsidi minyak bagi memastikan ia lebih efisien selain menghapuskan ketirisan dan penyalahgunaan.Selain itu, kajian semula struktur subsidi berkenaan juga bertujuan memastikan kesaksamaan dan keadilan supaya mereka yang benar-benar layak mendapat subsidi akan menerimanya

No comments: